11 January 2016

Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti

NOVEL: SONGKET BEBENANG EMAS

Sinopsis
 Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti

            Cerita bermula dengan Dahlia yang berlatih bola jaring bersama rakan-rakannya di padang keletihan dan duduk di kerusi panjang untuk berehat. Rakannya Siti Wangi duduk di sebelahnya. Dahlia memberitahu Siti Wangi tentang keinginannya untuk balik ke kampung, Siti Wangi mengatakan bahawa pasti disebabkan ada orang menunggu Dahlia di kampung, pertanyaan tersebut menyebabkan Dahlia teringat akan keadaan ibunya yang bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila senja menjelang.
            Kemudian, mereka berbincang tentang kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam tentang remaja yang meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja. Perbualan mereka terputus apabila Kavita muncul dan memberitahu bahawa ada seorang lelaki berkumis (bermisai)nipis, tinggi dan kacak ingin berjumpa dengan Dahlia di kantin.
            Di kantin, Dahlia berjumpa dengan Azhari (lelaki yang sudah lama tidak bertemu). Mereka berbual tentang pelajaran. Dahlia pelajar STPM manakala Azhari akan mendapat ijazahnya pada bulan Ogos. Selepas itu, Azhari menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan ke rumah Dahlia untuk merisik, bertunang dan berkahwin dengan Dahlia. Azhari dikenali Dahlia ketika mereka sama-sama menuntut di SMK Tun Ismail (5km dari kampung Dahlia). Pada masa itu, Dahlia (T1) manakala Azhari (T5). Dahlia menyampaikan hasratnya yang masih mahu meneruskan pelajarannya kerana Dahlia merupakan anak sulung, malah dia telah mengatakan keinginannya untuk melihat adik-adiknya berjaya dalam pelajaran kepada ibu bapanya. Azhari memberitahu bahawa dia tidak menghalang Dahlia untuk meneruskan pelajarannya malah menggalakkan Dahlia menuntut pelajaran hingga peringkat yang tinggi Cuma pertunangan mereka akan dapat menjamin masa depan mereka.
            Ketika mereka berbincang, Dahlia melihat jam tangan di tangan kanannya sudah 4. 25 petang, pada kebiasaannya waktu seperti ini dia sudah menunggu bas untuk pulang. Azhari ingin menghantar Dahlia tetapi Dahlia berasa keberatan kerana bimbang akan pandangan orang kampung terhadapnya.

Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh

Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh

            Cerita bermula dengan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Dahlia bertembung dengan Aton (balu beranak satu) Kata-kata Aton menyentuh hati Dahlia kerana Aton mengatakan bahawa ibu Dahlia “ tidak betul”dan Aton nampak Azhari menghantar Dahlia pulang dengan kereta lalu mengatakan bahawa tidak lama lagi Saleha(ibu Dahlia) akan mendapat menantu.
            Apabila sampai di rumah, Dahlia mendengar adiknya Anggerik sedang menangis. Melati (11 tahun) menyambut kepulangan kakaknya Dahlia di tangga. Dahlia segera membersihkan kakinya yang penuh dengan lumpur lalu menuju ke dapur. Adik bongsunya, Anggerik berguling-guling di lantai. Susu yang dibancuh tidak diminum kerana cair. Dahlia memanggil Kiambang (gadis sunti Tingkatan 1) yang masih berpakaian sekolah untuk menjaga Anggerik kerana dia perlu memasak untuk makan malam.
            Dahlia meminta Melati membeli susu, Melati meminta duit, Dahlia menyuruh Melati berhutang dengan Tauke Lim, Melati berasa malu kerana selalu berhutang. Ketika keluar melalui pintu belakang, Melati kembali memberitahu Dahlia bahawa ibu mereka berada di kebun. Dahlia segera mendapatkan ibunya, Dahlia berpesan kepada Melati untuk membeli sekilo gula pasir.
            Dahlia menyarung kasut getah menuju ke arah ibunya, Dahlia memerhatikan tingkah laku ibunya yang bercakap sendirian dan berseloka “ Emak Si Randang”. Emaknya tidak pernah belajar puisi, tetapi tiba-tiba boleh berseloka. Dahlia memanggil ibunya yang berusia 39 tahun itu tetapi Saleha (ibu Dahlia) tidak mengenali anaknya sendiri. Dahlia memeluk ibunya dengan kuat tetapi ibunya meronta-ronta lalu menolak Dahlia sehingga jatuh ke tanah yang becak. Pada ketika itu Embong (bapa Dahlia) muncu untuk mendapatkan anak gadisnya dan menanyakan sebab anaknya berada di situ. Dahlia menuding ke arah ibunya. Embong terkejut melihat keadaan isterinya yang berkelakuan ganjil sejak akhir-akhir ini. Apabila Embong menghampiri Saleha, Saleha berlari semakin jauh, meredah paku-pakis. Dahlia dan Embong cuba membawa Saleha balik tetapi tidak berjaya. 

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami

Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami           

                Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang bersolat isyak. Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia dan menimbulkan pertanyaan sama ada ibunya dibuat orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang dengki atau sakit hati terhadap ibunya. Dahlia memohon kepada Tuhan agar menguatkan imannya untuk menghadapi dugaan dengan tabah.
            Doa Dahlia terputus apabila terdengar teriakan Nek Kiah( ibu kepada emaknya). Setelah masuk ke rumah, Nek Kiah terus ke ruang tengah rumah, Dahlia bersalam dengan Nek Kiah lalu ke dapur menyediakan minuman. Ibunya Saleha duduk di pojok rumah dengan kaki dan tangannya terikat tertawa. Nek Kiah mula membebel setelah melihat Saleha dilayan begitu. Kiambang dan Melati yang sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tengah mendengar segalanya dan berasa bimbang kerana tanda-tanda perang mulut akan bermula. Nek Kiah menganggap keluarga Saleha sahaja yang tidak baik dan anak-anaknya tidak pandai. Nek Kiah menuduh Embong menyeksa Saleha sejak mereka kahwin hingga beranak 6. Anaknya Saleha “tidak betul” adalah disebabkan oleh Embong dan menuduh Embong seorang yang pemalas. Embong hanya mendiamkan diri. Kalau balas sepatah akan dibalas dengan puluhan kata-kata yang menyakitkan telinga. Dahlia menuangkan kopi untuk Nek Kiah tetapi dikritik kopi yang dibuat oleh Dahlia pahit macam hendak bunuh orang.
            Pada saat itu ada orang memberi salam, Embong dengan cepat bangun lalu membuka pintu kerana tidak mahu mendengar kata-kata mak mentuanya. Rupa-rupanya Haji Sulaiman ( ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Hj Rais membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Senja tadi, Embong meminta bantu Haji Sulaiman dan orang-orang kampung menangkap isterinya untuk dibawa pulang, tidak meminta apa-apa pertolongan lain tetapi mengapa ada orang dari hospital? Haji Sulaiman mengatakan bahawa adalah menjadi sebahagian tugasnya membantu Embong. Embong menolak kerana menganggap masalah Saleha masalah keluarganya. Nek Kiah pula menempelak kerana menganggap penyakit anaknya tidak merebak, mengapa perlu dibawa ke hospital.

            Haji Sulaiman bangkit dan duduk di sisi Embong lalu meminta Embong jangan beranggapan buruk. Dahlia tidak bersetuju ibunya di bawa ke hospital pada masa yang sama Anggerik menangis lalu Dahlia bergegas ke buaian , dirasai dahi Anggerik, panas walaupun udara di luar sejuk. Dahlia dan adik-adiknya memasang telinga terhadap perbualan bapa mereka dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman menerangkan bahawa niatnya baik untuk membantu Embong. Dahlia membantah kerana penyakit ibunya bukan selalu terjadi, sesekali sahaja lagipun kalau ibunya tiada siapa yang akan menjaga Anggerik? Tetapi kata-kata itu tidak diujarkannya takut dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Kiambang dan Melati menjerit agar bapa mereka tidak membenarkan ibu mereka dibawa pergi. Nek Kiah memaki Embong tidak ada perasaan, lelaki tidak berguna. Embong Cuma menggeleng, menegah samalah tidak berusaha mengubati penyakit isteirnya, membiarkan boleh juga dianggap sudah hilang perasaan kasihan, perasaan kasih sayang  yang sudah terikat lebih 20 dekad. 4 orang lelaki membawa Saleha, Embong menyuruh Dahlia menjaga adik-adiknya kerana ingin ikut sama. 

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah

                Cerita bermula dengan Dahlia mengenang masa silam. Setelah menyelimutkan tuala ke tubuh Anggerik, dia cepat menyelesaikan sedikit kerja rumah, beberapa kerja sekolah yang tertangguh dan membantu Melati menyelesaikan latihan Matematik. Anggerik mula menangis, Dahlia terpaksa merebahkan tubuhnya di sisi adiknya. Apabila adiknya tidur nyenyak, bolehlah dia menyelesaikan kerja yang tertangguh.
            Esok, hari Ahad, dia terpaksa ke sekolah, siapa yang akan menjaga Anggerik? Tiba-tiba Dahlia teringat pantun yang diungkapkan Azhari ketika menghantarnya pulang Khamis lalu. Dahlia tidak mengerti pantun yang diungkapkan oleh Azhari. Apa yang dinyatakan oleh Azhari bukan gurauan. Dahlia meminta Azhari memberikannya sedikit masa untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya dulu. Lia meminta Azhari menurunkannya di tepi jalan, biarpun dia terpaksa berjalan lagi 3 kilometer setengah agar tidak menimbulkan pelbagai cerita. Azhari pula memutarkan stereng ke kanan lalu memasuki Kampung Parit Haji Rais, Lia menjerit meminta kereta diberhentikan.
            Dahlia terdengar namanya dilaung, matanya dibuka, rupa-rupanya dia bermimpi, yang memanggilnya ialah abahnya Embong. Embong menyuruh Lia balik ke sekolah, hal Anggerik akan diuruskannya. Embong tidak menjawab apabila Lia menanyakan bagaimana abahnya hendak bekerja jika menjaga Anggerik? Lia memberitahu bahawa dia akan meminta izin untuk keluar asrama sekejap untuk melihat ibunya di hospital.
            Embong duduk di tangan sambil merokok, sambil memikirkan nasibnya. 30 meter di depan rumah mentuanya (hidup bersendirian). Saleha ingin tahu apa yang difikirkan oleh suaminya. Embong mengeluh kerana emak Saleha masih tidak suka akan mereka. Saleha menyuruh Embong bersabar kerana mereka hidup susah, tidak seperti anaknya yang lain berkereta besar, selalu membawa Nek Kiah makan angin, memberikannya wang. Saleha berharap anak mereka akan berjaya mungkin sifat ibunya akan berubah. Embong memang berkecil hati terhadap ibu Saleha tetapi disebabkan Nek Kiah orang tua, dia tidak kisah cuma berasa kasihan terhadap anak-anaknya yang tidak dianggap sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong dan Saleha berharap Dahlia dapat masuk universiti, Bakar lebih suka bermain daripada belajar, Mawar ada harapan. Saleha memberitahu Embong bahawa dia terasa ada bayang-bayang mengejarnya, telinganya mendengar suara yagn pelik-pelik, bukan suara orang. Embong menerangkan bahawa mungkin perasaan sahaja atau disebabkan Saleha letih menorah. Saleha mengatakan bahawa pokok getah dihadapnya sejak kecil hingga sekarang, dia tidak berasa letih menorah.
            Dahlia tiba-tiba ada di belakang Embong dan menanyakan Embong tentang keadaan ibunya. Embong memberitahu bahawa doktor tidak tahu apa penyakit ibunya cuma mengatakan fikiran Saleha runsing. Dahlia ingin tahu sama ada doktor ada menyatakan bahawa ibu mereka dibuat orang. Embong menyuruh Dahlia jangan berfikir benda yang tidak baik lagipun doktor tidak percaya perkara seperti itu. Embong tidak menceritakan keadaan sebenar isterinya yang menjerit, meraung dan menunduk di bilik kurungan agar Dahlia tidak bertambah risau dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
            Dahlia ingin tahu sama ada bapanya akan memetik kelapa sawit , Embong memberitahu bahawa Haji Sulaiman ada meminta Embong memetik kelapa sawit di kebunnya di kampung sebelah, tetapi agak sukar memandangkan dia perlu menjaga Anggerik. Dahlia mencadangkan Anggerik dihantar ke rumah Nek Kiah tetapi Embong menggeleng, cadangan itu juga disuarakan oleh Haji Sulaiman dan Tauke Lim . Embong tahu apa reaksi mak mentuannya tambahan pula Embong tidak mahu anak-anaknya semakin membenci nenek mereka. Embong mengatakan bahawa jika Nek Kiah tahu akan masalah mereka, tidak perlu cakap tentu Nek Kiah akan datang. Oleh itu, Embong memberitahu bahawa dia akan uruskan segalanya.
            Ketika itu juga terlihat susuk badan manusia yang semakin mendekati rumah, Embong segera membetulkan kain sarungnya yang terlondeh dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan. Rupa-rupanya adik Dahlia, Bakar. Bakar segera mencedok air di tempayan untuk mencuci kaki. Embong menegur Bakar sudah 3 hari tidak balik ke rumah, Bakar selamba sahaja sehingga Embong menempelak, Abu Bakar terkejut, Dahlia menyepi, tidak mahu menyampuk. Embong memarahi Bakar yang sudah melampau, mendapat pangkat 3 dalam SPM, tidak berhajat untuk mengulang SPM tetapi rela menjadi gelandangan. Sebelum Embong sampai ke bawah, Abu Bakar sudah bergegas membawa diri, berlari ke arah yang becak.

Bab 5: Kata Setajam Pedang

Bab 5: Kata Setajam Pedang

            Cerita bermula dengan Dahlia menaiki bas JMBC yang sesak. Kekecohan berlakud dalam bas kerana konduktor bas yang meminta penumpang masuk ke dalam kerana ada penumpang yang naik, terdapat penumpang yang tidak berpuas hati kerana dianggap sebagai sardine. Dahlia tidak mempedulikan keadaan ini kerana jam di tangan tinggal 10 minit waktu persekolahan akan bermula, destinasinya 17 km lagi. Kelewatan sampai ke asrama ialah satu kesalahan. Kelewatannya disebabkan Anggerik yang menangis, bapanya mendukung Anggerik tetapi tangisannya makin menjadi-jadi. Dahlia tidak sampai hati meninggalkan adiknya tetapi bapanya meminta Dahlia ke sekolah dan jangan hampakan harapan bapanya. Lamunan Dahlia terhenti apabila suara seorang lelaki memintanya berundur ke belakang, Dahlia memandang ke luar bas, kelihatan kilang Sharp, menandakan perjalanan masih jauh. Dahlia teringat kata-kata Siti Wangi supaya mencari isi untuk tujuan perbincangan. Dahlia tidak berbuat apa-apa. Ketika itu, dia teringat juga kata-kata Azhari yang sudi menghulurkan bantuan jika Lia menghadapi masalah, tetapi Lia tidak mahu menjaja keburukan ibunya kepada orang lain.
            Bas memasuki kawasan Bandar Penggaram, hospital hanya beberapa meter di hadapan, di Wad 6, Dahlia tertanya-tanya khabar ibunya. 2 minggu lalu, sewaktu Dahlia pulang, ibunya seperti biasa. Cuma sebulan lalu, emaknya suka termenung, kadang-kadang menangis tanpa sebab. Bas berhenti di bahu jalan apabila Lia memicit loceng. 5 minit lagi, jam 8, dia sudah terlalu lewat. Langkahnya pantas menuju SMK Temenggung Ibrahim, pagar sudah terkunci, terlihat warden asramanya Cikgu Salwani sedang menuju ke bilik guru. Lia memanggil Cikgu Salwani, apabila ditanya sebab lewat, Lia hanya beritahu cikgu bahawa dia ada masalah keluarga lalu diminta oleh Cikgu Salwani berjumpa dengannya petang nanti. Sepanjang hari, Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, hanya memikirkan ibunya, Anggerik dan bapanya.
            Cikgu Hisyam yang mengajarkan Pengajian Am selalu disambut dengan perdebatan tetapi tidak kali ini, mata Lia memandang ke depan tetapi perasaannya jauh menjalar di kampung halamannya. Lia menunduk, sikunya dikuis oleh Kavita kerana Cikgu Hisyam sedang memerhatikan Lia dan Kavita juga memberitahu bahawa Najib mengajak mereka berbincang di Perpustakaan Awam. Hingga waktu persekolahan berakhir, Lia melangkah lambat balik ke asrama. Langkahnya terhenti apabila dipanggil oleh Siti Wangi. Siti Wangi mengingatkan Dahlia janji mereka untuk berbincang pada petang itu tentang kertas kerja yang akan dibentang pada hari Khamis malah Siti Wangi sudah memberitahu rakan-rakan lain untuk berjumpa pada 2pm. Lia meminta maaf kerana tidak membuat persediaan kerna ingin melawat ibunya yang sakit di hospital malah meminta Siti Wang memberitahu Cikgu Salwani. Apabila ditanya penyakit yang dihidapi oleh ibunya, Lia hanya kata sakit biasa. Lia tidak ke dewan makan, banyak terteleku di katil memikirkan apa yang difikirkan oleh Siti Wangi tentang dirinya, lalu memikirkan ibunya dan adiknya Melati yang memintanya pulang. Tanpa berfikir panjang, dia memasukkan sedikit nota ke dalam beg plastic dan bergegas turun.
            Walaupun hospital berada kurang 1km tetapi Lia tidak bermaya untuk berjalan di bawah matahari yang terik. Apabila bas melalui Jalan Kluang, Lia segera turun apabila tiba di destinasinya. Lia masuk ke perkarangan hospital mencari Wad 6. Tiba-tibanya namanya dipanggil, Lia menoleh, rupa-rupanya Haji Sulaiman. Lia terus berjalan mendapatkan Haji Sulaiman di pondok telefon tetapi diajak pulang dengan menaiki kereta Haji Sulaiman. Haji Sulaiman memberitahu bahawa ibu Dahlia telah dibawa ke hospital di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Apabila ditanya sama ada Hospital Sultanah Aminah, Haji Sulaiman menjawab bukan, tetapi Hospital Permai. Lia hampir rebah apabila mendengar kata-kata itu.

Bab 6: Ditelan Arus Deras

Bab 6: Ditelan Arus Deras
           
            Cerita bermula dengan Dahlia melihat kanak-kanak mandi sungai di depan rumah Dahlia dalam jarak 45m. dahlia mengingati masa silam, di tebing inilah dia sering bermain laying-layang tanpa memikirkan erti kemiskinan.
            Dahlia mengutip ranting yagn bertaburan di halaman dan diletakkan di belakang rumah sambil membandingkan kebahagiaan kanak-kanak di sana dengan dirinya. Dahlia terduduk memikirkan nasib diri. Dahlia bertanya kepada bapanya sama ada tahu bahawa ibu sudah dihantar ke Hospital Permai apabila tiba di rumah kira-kira 2 jam tadi. Embong melopong sambil memandang Haji Sulaiman. Haji Sulaiman menerangkan bahawa ketika dia ke bandar, dia singgah di hospital, doktor meminta izin untuk menghantar Saleha ke Johor Bahru. Haji Sulaiman memberikan keizinan walaupun dia tahu dia tidak berhak untuk berbuat begitu tetapi memikirkan keadaan Saleha, Haji Sulaiman mengizinkannya. Embong terkilan tetapi kemarahannya mereda kerana urusan isterinya sudah diserahkan kepada Haji Sulaiman. Embong mempersoalkan nasib diri dan anak-anaknya yang tidak pernah senang, apakah kesalahannya? Mengapa isteri menjadi begitu, dia tidak pernah dengki, tidak pernah aniaya orang. Haji Sulaiman meminta Embong bersabar kerana Tuhan menguji manusia dengan pelbagai cara.
            Dahlia terdengar ibunya menyuruh dia memasak nasi, apabila dia pandang ke dapur, tiada sesiapa, begitu juga ibunya meminta dia memotong kayu, cabut pokok ubi, tiada sesiapa, Cuma suara-suara silam. Melati menjerit dari tingkap tengah menanya Lia sama ada Anggerik sudah tidur, Lia mengangguk. Dia sedar tidak menguntungkan sesiapa jika dia hanya melayan perasaan lalu cepat melangkah masuk rumah, banyak kerja sekolah belum disiapkan.
            Nama Lia dipanggil, dia menoleh ke arah kiri, Nek Kiah menuju ke arahnya dan bertanyakan bapa Dahlia. Dahlia memberitahu bahawa bapanya ke kebun Haji Sulaiman. Nek Kiah memijak tangga untuk ke perut rumah, Lia mengekori dari belakang. Nek Kiah memberitahu bahawa ketika dia di balai raya, semua orang bercerita tentang emak Dahlia yang dimasukkan ke rumah orang gila. Nek Kiah berasa geram dan malu. Nek Kiah berpendapat ibu Dahlia gila kerana rumah Dahlia penuh dengan syaitan. Nek Kiah segera mengeluarkan kapur lalu menggores pintu dengan tanda campur supaya hantu tidak masuk ke rumah. Melihat perlakuan neneknya, Lia mengucap kalimah syahadah beberapa kali kerana padanya segalanya ketentuan Tuhan bukan disebabkan hantu atau syaitan. Melati bertanya kepada Dahlia sama ada apa yang dikatakan oleh Nek Kiah itu benar, Dahlia menafikannya. Ketika itu, Anggerik menangis dengan kuat. Dahlia mendukung Anggerik, dirasai dahi, lengan, kakinya panas, hendak dibawa ke klinik di Pekan Parit Raja, rawatan hanya ada pada waktu pagi, klinik yang ada hanya klinik swasta dengan bayaran yang tidak sedikit. Sebelum pulang, Nek Kiah berpesan tidak memadamkan kapur yang dilukiskannya, kalau tidak senjaga hendak panggil hantu .
            Tiba-tiba terdengar jeritan di tebing bahawa Said hilang dalam sungai. Dahlia bergegas ke tebing, 3 orang kanak-kanak berusia 10-12 tahun menuding ke perut sungai, tadi tidak ada kanak-kanak mandi di situ, Dahlia tidak tahu masa kanak-kanak ini mandi si sungai. Setelah memastikan Said anak Mak Aton yang hilang, Dahlia menyerahkan Anggerik kepada Melati dan menanyakan tempat Said tenggelam. Tanpa berlengah, Dahlia segera terjun ke dalam sungai walaupun sudah lama dia tidak berenang, arus sungai deras, Dahlia meraba-raba untuk mencari Said, air pekat dengan sampah sarap menyebabkan pandangan di dalam sungai begitu gelap. Dahlia muncul untuk menarik nafas kemudian menyelam lagi. Dahlia muncul lagi, Melati menanyakan Said, Dahlia menggeleng, kemudian menyelam lagi. Terdapat sekumpulan kanak-kanak tiba di tempat itu, mereka terjun untuk sama-sama mencari Said. Dahlia yang keletihan menuju ke tepi. Dahlia memegang kayu tangga tempat keluarganya mandi jika air paip tiada. Keletihannya tidak terbendung, jika boleh dia mahu mencari Said tetapi kekuatannya sudah mencair. Kakinya masih memijak dasar sungai yang berselut, dia mahu naik tetapi kurang berdaya. Ada sesuatu di bawah, keras tetapi agak berlainan. Dahlia menyelam dan memegang benda itu lalu diangkat, rupa-rupanya Said. Orang di tebing menjerit nama Said lalu meluru ke arahnya, seorang anak muda yang lalu di situ segera turun dari motosikal lalu menuju ke arah Dahlia. Pemua itu mengangkat Said dan dibawa ke tebing. Said dikeliling ramai. Anak muda yang bukan penduduk kampung itu segera memeriksa dada Said, tiada dengupan jantung lalu kaki Said diangkat agar air yang penuh di perut Said keluar. Segalanya tidak berhasil, orang semakin ramai. Nek Kiah menuju ke arah itu dan mencadangkan Said di bawa keliling rumah 7 kali, Said dikatakan akan sedar. Tanpa berlengah, anak muda itu segera mengangkat Said di belakangnya dengan kaki Said ke atas mengeliling rumah. Dahlia masih di perut sungai, dia tidak ternampak apa-apa kecuali mendung di langit begitu kelam dan hitam pekat.

Bab 7 Berbudi Berbalas Nista

Bab 7  Berbudi Berbalas Nista

            Cerita bermula dengan Embong kehairanan melihat anaknya Dahlia yang tidak menjawab pertanyaan dan matanya merah dan sarat dengan esakan setelah balik dari rumah Aton menziarahi mayat Said yang dibawa pulang dari hospital. Sekarang giliran bapanya. Setelah meminta Lia menjaga Anggerik yang tidur Embong menyorong basikalnya lalu dikayuh.
            Said sekelas dengan Melati di Sekolah Kebangsaan Jelutong di kampung sebelah. Embong mengenang nasib Said yang masih kecil walaupun nakal tetapi mengapa mesti mati di depan rumahnya dalam keadaan begitu tragis? Dirinya berpisah dengan isteri tetapi masih ada harapan untuk gembira seperti dulu, tetapi Aton hanya mempunyai Said seorang anak. Rumah Aton terletak 150m sahaja dari rumahnya. Di halaman rumah sudah dibanjiri orang kampung, yang perempuan berpakaian puthi manakala lelaki pula memakai baju biasa dengan bersongkok. Ada Melayu, apabila bertemu perlu bersalaman. Adat Melayu juga, kesedihan seperti ini, ramai yang membisu. Mahu bercakap pun jika ada perkara yang perlu sahaja. Embong naik ke rumah melihat jenazah Said. Orang begitu ramai, jika ditunda takut jenazah akan dibawa ke tanah perkuburan. Jadi, Embong masuk ke rumah papan tanpa cat, beratap rumbia, Embong terdengar namanya disebut, hatinya menjadi resah, dia masuk ke ruang dalam dan menanyakan Aton sebabnya. Aton memandang Embong dengan matanya seakan-akan mahu terjojol keluar lalu menjerit bahawa anak Embong yang telah membunuh anaknya Said. Kaum keluarga Aton memujuknya agar bersabar. Aton meronta hendak membunuh Embong katanya, ada seorang lelaki menepuk bahu Embong menyuruh Embong turun ke bawah rumah. Pada hemat Embong, lelaki itu abang Aton. Embong menyedari kedatangannya tidak disenangi lalu bergerak turun. Embong masuk dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong tercegat di situ walaupun dia tidak sedap hatinya. Embong amat menyesal dirinya dituduh merancang kematian Said.
            Embong memasang telinga ketika orang ramai bersembang tentang kematian Said. Mereka mempersoalkan sebab Said mandi di depan rumah Embong dan Embong tidak berbuat apa-apa. Ada yang kata pada masa itu Embong tiada di rumah, ada pula mengatakan ada, ada pula yang mengatakan Lia yang menyelamatkan Said, ada yang menuduh Lia lambat menyelamatkan Said, tercegat lama di tebing baru hendak menyelamatkan Said seperti merancang kematian Said. Embong mahu menutup telinga setelah mendengar kata-kata yang melampau itu.
            Sejak isterinya tidak betul, Embong turut ikut sama, terdengar gelak tawa. Ada suara menyatakan Embong memang  orang yang lemah, apa yang dikatakan orang diterimanya, suara itu memintanya berkeras sedikit, barulah orang tahu siapa dirinya. Kalau tidak, orang-orang itu akan semakin berani. Embong menahan getar, dia tidak mahu kemunculannya disedari, oleh sebab tidak mahu menimbulkan pergaduhan, dia segera meninggalkan tempat itu.
            Dalam perjalanan pulang, dia bertembung dengan Tauke Lim yang bermotosikal Honda Cub 70cc menuju ke arahnya. Tauke Lim memberitahu bahawa rumah Embong tiada orang. Embong memberitahu bahawa Dahlia ada di rumah, Tauke Lim memberitahu tiada orang yang menjawab ketika dia memanggil. Tauke Lim juga memberitahu bahawa dia mendengar khabar Dahlia yang menyelamatkan Said tetapi sudah nasib Said mahu mati. Tauke Lim memuji Lia seorang yang berani kerana arus sungai deras. Tauke Lim menerangkannya dengan bahasa Melayu yang petah kemudian mereka berpisah.
            Embong berfikir dalam hati, Dahlia tidak mendengar panggilan Tauke Lim mungkin disebabkan dia masih menangis, kemungkinan Aton dan orang ramai mengata yang bukan-bukan terhadap anaknya. Embong berpendapat bahawa tentu hati Lia tersinggung kerana puas berkorban nyawa tiba-tiba dituduh menggadai nyawa orang lain. Ketika sampai di rumah, basikalnya disandarkan pada tiang, baru pukul 10.25 pagi, kebetulan Dahlia ada di rumah, Embong berasa elok dia memetik buah kelapa sawit, lalu menukar pakaian, meneguk air kopi pagi, lalu keluar semula. Embong memberitahu Dahlia bahawa dia akan memetik buah kelapa sawit di Parit Haji Kadir yang terletak 2km dari rumahnya. Mengikut rancangannya, sepagian dihabiskan di rumah Aton, tetapi keadaan mengubah perancangannya.  Sewaktu isterinya ada, dia akan menoreh di sekitar rumah, sebelah petang baru memetik buah kelapa sawit. Kini, musim hujan, yang boleh dibuat hanyalah bekerja di tempat orang. Kalau dia dapat memetik sepikul buah kelapa sawit, separuh kepunyaan tuannya dan sebahagiannya lagi kepunyaan pemetik dan upah lori yang mengangkut. Kerja ini dilakukakannya 2 minggu sekali, upahnya hampir RM 50 sekali petik tetapi dalam sebulan hanya 2 kali, tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Oleh sebab itu Embong mencari peluang bekerja di kebun-kebun lain.
            Ingatan embong bertumpu kepada Dahlia ketika mengayuh basikal di jalan tanah merah yang berair. Petang semalam, sekembalinya daripada memetik buah, anaknya sedang memasak dalam keadaan yang lemah.  Hendak ditanya tetapi Melati terlebih dahulu menceritakan Said sudah meninggal, Embong terjelepok di lantai rumah, kemudian memandang Lia yang sedang sibuk di dapur. Pada saat itu,  hatinya berkata-kata bahawa Lia sepatutnya menghabiskan masa dengan buku-buku pelajaran bukan kerja-kerja dapur. Embong menguatkan semangat untuk bekerja keras agar anaknya tidak kelaparan kerana orang hanya tahu bercakap, mencari kesalahan orang lain, hanya tahu menambah-nambah cerita daripada seinci menjadi sedepa.
            Basikalnya diletakkan di bawah pokok kelapa sawit, penyodok diletakkan di bahu. Luas kebun 2 ekar. Dengan kurangkan rehat, Embong berharap dia dapat siapkan kerja pada sebelah petang. Embong lebih suka mula bekerja dari sebelah belakang, kemudian ke depan. Tiba-tiba dia terhenti sendiri, degup jantungnya bergerak kencang, hidung terhidu sesuatu, cuping telingannya seakan-akan mendengar gemersik yang aneh. Dia menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang, rupa-rupanya ular sawa. Ular sawa sebesar pahanya melingkari pokok kelapa sawit. Bukan kali pertama dia berdepan dengan ular sawa, sewaktu masih muda, selalu benar dia membunuh ular sawa tetapi tidak sebesar ini. Meskipun ular melilit saat itu tubuhnya masih kuat. 
            Embong membaca selawat ke atas Nabi meminta kekuatan, lalu melangkah ke kiri perlahan-lahan mencari buluh dengan memanjangkan leher. Yang ternampak hanya pelepah kelapa sawit. Jika buluh, mudah membunuh, pelepah, belum pasti memberi kesan. Embong bergerak ke kebun getah di sebelah, ada rumah di situ tetapi rumah itu sepi. Ada sebatang buluh panjang dibuat ampaian, ingin meminta keizinan, tiada orang, dia mengambil buluh kering itu menuju ke tempat ular itu melingkar. Sampai ke tempat yang dituju, ular itu sudah tiada. Tanpa diduga, ular itu sudah bergantung pada pokok lain, menjuntaikan kepala ke arahnya. Dia terjatuh, ular itu terus menjatuhkan tubuh lalu menuju ke arah Embong, Embong panik.

Bab 8: Bayang-bayang Kecelakaan

Bab 8: Bayang-bayang kecelakaan

            Cerita bermula dengan Embong bertarung dengan ular sawa, Embong menjerit meminta tolong, tenaga yang tinggal tidak seberapa dikumpulkan untuk melawan belitan, jika tidak nyawanya akan melayang. Ular membelit lehernya, nafasnya tersekat. Dirinya seakan-akan terapung. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tatkala itu cuping telinganya dapat mendengar tangisan. Tangisan itu semakin meledakkan suasana, dia memandang sekeliling, yang dilihatnya hanya meja solek dan sejadah di kerusi, memandang ke kiri, terlihat longgokan bantal. Ini di bilik!. Rupa-rupanya Dahlia bermimpi buruk, dia beredar ke cermin, di lehernya terdapat kesan cekikan. Dahlia kehairanan mengapa mimpi buruk mengganggu tidurnya. Detikan jam di dinding sebanyak 11 kali menyebabkan dia bergegas ke ruang tengah. Anggerik segera didukung, dia perlu masak kerana bapanya dan Melati akan pulang. Selepas memasak, dia bercadang untuk membawa adiknya ke klinik kerana demam panasnya. Dia membawa adiknya di anjung, dan duduk di tangan sambil berpantun dan bernyanyi. Tangisan adiknya tidak reda, seluruh badan adiknya panas. Pagi tadi, Anggerik cuma mahu susu, apa yang dimakan dikeluarkan balik. Sekadar susu tidak cukup untuk adiknya yang sudah berusia 18 bulan. Dia nampak 2 orang lelaki bersongkok ke rumah Aton, dia berusaha menyelamatkan Said tetapi dituduh sebagai pembunuh Said. Seorang perempuan menanyakan sebab dia lambat menyelamatkan Said, pertanyaan itu mengejutkan Lia ketika dia membuka kasut untuk naik ke rumah si mati. Dahlia memberitahu bahawa dia sudah bertindak segera untuk menyelamatkan Said. Sesampainya di tangga paling atas, Aton memaki Dahlia, saudara maranya segera memeluk Aton. Tanpa berlengah, Dahlia bergegas pulang, sepanjang perjalanan, air matanya membasahi pipinya. Peristiwa pagi tadi, mahu dilupakan walaupun pedih. Dahlia menyedari bahawa jika dia terus melayan perasaan sendiri, jiwanya akan lemah. Anggerik segera didukung di pinggang, dia menjerang air, masak nasi menggunakan kayu getah kering, dia ke tebing sungai, daun-daun muda pokok ubi dipetik, kambing di situ mengembek apabila melihat Dahlia, kata hati Dahlia kambing-kambing itu perlu berpuasa kerana rumput yang diberikan oleh bapanya pagi tadi sudah habis. 20 minit lagi pukul 2pm, Melati akan pulang, lepas makan ke kelas agama dengan basikal mininya. Melati yang pulang ke rumah memberitahu Dahlia bahawa hari ini hari terakhir dia ke sekolah, apabila ditanya sebabnya, Melati memberitahu bahawa supaya dia boleh menjaga adik, biar kakaknya Dahlia belajar. Melati tidak mahu belajar kerana ibu mereka dikatakan orang gila. Dahlia menafikannya dan menyatakan oran gtidak pernah hendak menyenangkan mereka. Setelah mendengar kakaknya memberi harapan, barulah Melati ke kelas agama. Kiambang akan balik petang kerana ada latihan rumah, entah betul entah tidak. Abu Bakar pula entah ke mana-mana membawa diri. Bapanya sepatut sudah pulang masih tidak kelihatan lagipun bapanya tidak membawa bekalan.
            Dahlia menjerit apabila melihat bapanya pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Mukanya pucat dan menggeletar. Tangisan Anggerik semakin kuat. Embong kehairanan melihat reaksi Dahlia sebab bukan kali pertama dia membawa baik ular sawa. Dahlia minta ular itu dibuang kerana ingin membunuhnya. Embong semakin tidak mengerti ular itu ular mati, mengapa Dahlia begitu takut? Mungkinkah sakit isteri sudah menular? Anggerik dilepaskan Dahlia. Embong meletakkan ular di tas tanah dan menyandarkan basikalnya jauh sedikit di pokok getah. Dia menoleh, melihat Anggerik diletakkan di tepi tangga oleh Dahlia. Embong segera naik ke rumah dan dipapah Anggerik, dia amat marah dengan tindakan Dahlia yang melampau, dia mahu masuk ke bilik dan mengajar anaknya itu tetapi langkahnya terhenti, dia membawa selawat beberapa kali dan mencari panduan.
            Dia berjuang dengan muat untuk menyelamatkan diri dan dibawa ular bersama-sama sebagai bukti, biar anaknya bangga bahawa si ayahnya orang yang gagah. Embong tidak mengerti mengapa tiba-tiba Dahlia begitu takut melihat ular, kemarahannya mula menurun tetapi kebimbangan pula memuncak. Sejak isterinya tiada, Dahlia pengganti isterinya yang dapat menjaga Anggerik dan memberikan galakan kepada adik-adiknya malah menyediakan makan minumnya. Embong memanggil Dahlia, sepi, Embong menolak pintu, tidak berkunci, dilihat Dahlia meniarap, tangisan Anggerik menyebabkan Dahlia sedar akan kehadiran bapanya. Embong menerangkan bahawa ular itu hendak melilit Embong, nasib baik dia sempat pukul dengan buluh. Dahlia meminta maaf dan menerangkan bahawa sebentar tadi dia tertidur dan mimpi ular membelit dirinya. Embong tidak faham maksud mimpi Dahlia sama dengan maut yang dihadapinya. Setelah menyedari perubahan wajah abahnya, Dahlia segera mengambil Anggerik dan dibawa keluar. Dahlia ke dapur membuat susu. Dahlia memanggil abahnya untuk makan tengah hari walaupun sudah pukul 3pm, tetapi abahnya tidak tahu hilang ke mana. Dia lega apabila melihat bapanya tercegat di tebing. Embong melihat air sungai mengalir deras, mengenang kejadian Dahlia yang begitu berani menyelamatkan Said tempoh hari tetapi hari ini dia begitu gementar. Fikiran Embong terganggu, ada suara menyatakan Embong tidak berhati perut, membunuh ular itu, sepatutnya ular itu dihalau dengan cara baik, ular itu akan datang mencari Embong, anak ular itu akan datang seekor demi seekor mencari Embong. Embong memejamkan mata , perasaan yang meracau menyebabkan jiwanya lemah.
            Tiba-tiba, ada orang memanggil, Embong memandang ke belakang, seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India sudah ada di belakangnya. Si lelaki menanyakan sama ada itu rumah Dahlia? Kemudian perempuan di sisi lelaki itu pula menghulurkan tangan.Mereka saling berkenalan. Embong mempelawa dua orang kawan Dahlia naik ke rumah. Embong menjerit memberitahu Dahlia bahawa kawannya datang melawat. Dahlia tidak dapat mengagak orang yang datang kerana tidak pernah ada orang sudi menjenguk rumah buruk itu. Timbul persoalan siapa yang datang?.

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa

Bab 9: Apabila Tamak Menguasai Jiwa
           
            Cerita bermula dengan Najib memerhatikan persekitaran rumah Dahlia dan membandingkan keadaan rumahnya dengan rumah Dahlia. Kini, barulah dia tahu sebab keinginannya untuk mengunjungi rumah Dahlia pada setiap Aidilfitri ditolak. Najib mengenang peristiwa dia ingin melawat rumah Dahlia tetapi ditolak dengan pelbagai alasan seperti rumahnya jauh, kalau Najib datang, belum tentu dia berada di rumah. Jawapan yang diberikan oleh Lia menimbulkan persoalan dalam diri Najib adakah Lia itu seorang yang sombong atau dia seorang yang hina di mata Lia. Sekarang, barulah Najib faham.
            Dahlia mempelawa Najib dan Kavita minum lalu menanyakan sebab mereka berdua datang ke rumahnya. Kavita memberitahu bahawa Najib yang menelefonnya bertanya bukan hal pelajaran tetapi tentang Dahlia. Kavita memberitahu bahawa Dahlia tidak datang ke sekolah, oleh itu Najib mengajak Kavita ke rumah Dahlia dengan berkereta, Kavita bersetuju. Najib pula bertanya tentang ibu Dahlia. Dahlia tidak menjawab lalu bergerak ke jendela, di situ dia melihat sebuah kereta Fiat berwarna kuning menuju ke rumah neneknya, itu kereta Pak cik Seman (abang emaknya). Kavita menghampiri Dahlia, dia memandang wajah Anggerik yang redup. Kavita menyentuh dahi Anggerik sambil memandang wajah Dahlia, dirasa perut Anggerik lalu mempersoalkan Dahlia yang tidak menghantar Anggerik ke hospital. Sebenarnya Dahlia bercadang membawa Anggerik ke klinik pada petang itu. Dengan kedatangan Najib dan Kavita, hajat tidak dapat dilaksanakan. Najib juga menghampiri mereka kerana tidak mahu dianggap kera sumbang dan menanyakan apa yang berlaku kepada Kavita. Kavita memberitahu bahawa Anggerik demam. Najib menyentuh dahi Anggerik dan mencadangkan mereka membawa Anggerik ke klinik. Dahlia tidak mahu menyusahkan sesiapa tetapi peluang tidak selalu datang kerana Najib berkereta.
            Cerita beralih ke rumah Nek Kiah, Seman berasa malu dengan peristiwa adiknya Saleha dibawa ke Johor Bahru. Nek Kiah berasa malu lagi kerana keturunannya tiada yang gila, dirasakan mukanya bagaikan tersiram najis. Pada pendapat Nek Kiah, nasib malang menimpa anaknya kerana berkahwin dengan Embong, anak perantau. Seman mengatur kata-kata supaya hajatnya tercapai pada kali ini. Seman menyatakan Embong tentu ada belajar ilmu tertentu kerana adiknya Saleha pada masa dulu, ramai yang berminat terhadapnya termasuk Haji Sulaiman, tetapi Saleha tidak mahu, Saleha mahukan Embong yang tidak tahu asal-usulnya. Hal ini telah membuatkan dahi Nek Kiah berkerut. Nek Kiah menanyakan Seman adakah Embong itu membela hantu. Seman menyatakan bahawa dia hanya mengagak, kerana dari dulu hingga sekarang, keluarga Leha tetap tidak berubah. Nek Kiah ke dapur dan mengajak anaknya makan malan di rumahnya. Nek Kiah mengubah tajuk perbualan. Persoalan yang ditimbulkan oleh Seman itu sudah lama bersarang di kepalanya. Nek Kiah mengeluarkan 3 ulas bawang merah, meminta Seman tidak perlu bercakap panjang lebar hal tersebut, hatinya tetap sakit. Seman duduk di sisi ibunya dan mengatakan bahawa itu sebabnya dari dulu lagi dia mencadangkan tanah tempat Saleha tinggal itu dijual. Cerita itu dibangkitkan ketika Saleha masih sihat tetapi Saleha tetap berdegil tidak mahu jual. Sekarang anaknya tiada, bertambah sukar untuk Nek Kiah meluahkan hajat. Seman mengatakan lebih senang lagi jika Saleha tidak ada. Nek Kiah terfikir jika tanah itu dijual, di manakah keluarga anaknya hendak tinggal? Seman mencadangkan Embong diminta berpindah ke tanah dalam yang tumbuh dengan lalang.  Nek Kiah terus berfikir. Seman menyatakan bahawa tanah ibunya bersambung dengan tanah Saleha seluas 5 ekar, kalau dijual satu ekar, banyak wang yang akan diperolehnya. Berkenaan dengan pembeli, Seman memberitahu ibunya tidak perlu risau kerana di depan kampung ada kilang dan politeknik, pada bila-bila masa ada orang yang hendak beli untuk dijadikan rumah sewa. Seman menanyakan pandangan ibunya, dia akan menguruskan segalanya jika ibunya bersetuju. Nek Kiah terbayang longgokan wang ringgit, seumur hidupnya dia tidak pernah memegang duit sebanyak itu (RM15,000), sewaktu masih hidup, dia mahu berasa senang, boleh makan apa-apa sahaja. Seman memberitahu bahawa jika Embong tidak bersetuju pun, Embong tidak dapat berbuat apa-apa.
            Tiba-tiba seekor kucing melintas mengejar tikus menyebabkan Nek Kiah terkejut. Seman memberitahu jika dapat duit, ibunya boleh membesarkan rumahnya, rumah separuh batu, susah untuk tikus bersembunyi nanti. Nek Kiah bertanya kepada anaknya, Seman sama ada akan makan malan di situ, Seman mengatakan bahawa dia perlu balik kerana isterinya akan berleter memanjang. Seman masih tidak berpuas hati lalu menanyakan ibunya tentang cadangannya. Pada masa itu, bara kebencian kian menyerkap ruang dada Nek Kiah. Dia mengangguk. Seman tersenyum, Embong tunggulah nasib engkau.

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri!

Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri!

            Cerita bermula dengan perbualan antara Dahlia dengan Cikgu Salwani berkenaan dengan masalah Dahlia yang tinggal di asrama tetapi selalu balik ke rumah. Cikgu Salwani mengingatkan Dahlia semasa dia memohon untuk tinggal di asrama, pelbagai alasan diberikan antara tidak sanggup datang lewat kerana tinggal dan suasana pembelajaran di asrama lebih selesa. Dahlia membiarkan Cikgu Salwani terus bercakap, dia tidak mahu meluahkan masalah dirinya kerana dianggap membuka pekung di dada. Cikgu Salwani terus bercakap dengan nada yang keras bahawa guru disiplin mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Salwani dan mengatakan Cikgu Salwani tidak pandai menjaga anak buahnya. Dahlia terkejut apabila Cikgu Salwani memanggil namanya, guru perempuan yang menjangkau usia 30-an itu dulu selalu mudah tersenyum tetapi kini bagai singa yang mahu menerkam.  Pada saat itu, rakan-rakannya berada di dewan makan, Dahlia terasa rakan-rakannya sungguh bahagia, saat kemesraan dengan rakan semakin menjauh. Deringan loceng elektrik bergema, rakan-rakannya akan meneruskan pelajaran, Dahlia juga ingin belajar, pelajaran yang tertinggal mahu disambung semula.
            Cikgu Salwani meminta Dahlia jangan membuang masanya kerana dia ada kelas, meminta Dahlia menceritakan masalahnya. Dahlia memberitahu Cikgu Salwani bahawa dia ada masalah tetapi Cikgu Salwani pula mengatakan bahawa setiap orang mempunyai masalah termasuk dirinya. Dahlia mengatakan bahawa masalah keluarganya berat, ditanya berapa kilogram oleh Cikgu Salwani. Dahlia memberitahu bahawa ibunya sakit, tiada orang menjaga adiknya. Sekali lagi dibalas oleh Cikgu Salwani bahawa dengan mengetepikan pelajaran, Dahlia mahu sakit seperti ibunya. Kata-kata Cikgu Salwani menimbulkan bibit-bibit kebencian di dada Dahlia. Cikgu Salwani berasa sukar untuk menyelesaikan masalah Dahlia yang tidak mahu meluahkan masalahnya. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir sama sama hendak tinggal di asrama atau tidak. Dahlia meminta untuk keluar dari asrama. Cikgu Salwani terkejut, walaupun masalahnya akan selesai tetapi masalah Dahlia belum tentu tamat. Baru Cikgu Salwani sedar kata-katanya terlalu mendesak, banyak melukakan hati orang. Ilmu psikologi yang dipelajarinya semasa di universiti tidak diaplikasi lalu meminta untuk berkongsi ceritanya. Dahlia menggeleng, dia bangun memandang wajah Cikgu Salwani lalu berkata mulai hari itu dia tidak tinggal di asrama lagi. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir baik-baik kerana STPM dalam masa 4 bulan sahaja. Dahlia menggeleng lalu membuka pintu dan keluar. Hatinya ditabahkan agar air mata tidak bercucuran. Keputusan ini telah lama difikirkannya, selain dapat menjaga Anggerik, dia dapat membantu pembelajaran Melati dan Kiambang. Sebagai kakak, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.
            Setelah keluar dari bilik Cikgu Salwani, Dahlia tidak tahu ke mana hendak ditujuinya, dia ingin menenangkan fikirannya lalu melangkah ke perpustakaan. Masuk ke sahaja ke bilik itu, dia menuju ke meja hujung, sesampai ke meja yang kosong, dia duduk untuk mencari kedamaian. Pada masa itu, wajah emaknya terbayang, semalam Dahlia mengeluarkan duit biasiswa, angan-angan mahu ke Johor Bahru petang ini. Tiba-tiba Dahlia teringat akan surah al-Baqarah ayat 155-157. Dia tidak akan menyerah segala-galanya kepada takdir, dia perlu berusaha, baru nasib akan berubah. Kata-kata Bernard Shaw : pemimpin yang lemah akan membiarkan dirinya dipengaruhi oleh keadaan, tetapi pemimpin yang berjiwa besar akan berusaha mengubah keadaan. Dahlia juga terkenang beberapa orang pemimpin berjiwa besar seperti Mahatma Ghandi, Nehru, Nasser, Tito dan Park Chung Hee.
            Dahlia disergah oleh Kavita dan memberitahu Dahlia bahawa Cikgu Hisyam hendak berjumpa dengan Dahlia sekarang juga. Setelah menanyakan tempat, Dahlia ingin tahu tujuan Cikgu Hisyam hendak berjumpa dengannya, adakah Cikgu Hisyam akan mengeluarkan kata-kata seperti yang diluahkan oleh Cikgu Salwani? Dahlia sudah berdiri di depan pintu, dia memberi salam lalu mengetuk pintu. Setelah salamnya disambut, Lia masuk, Cikgu Hisyam sedang duduk di kerusi. Cikgu Hisyam meminta Lia jika tidak mahu menganggap cikgu Hisyam sebagai guru kelas, menganggapnya sebagai  abang, pak cik atau saudara sendiri. Cikgu Hisyam memberitahu Kavita memberitahunya dia pernah ke rumah Dahlia, dia memuji Kavita dan satu hari nanti dia akan berkunjung ke rumah Dahlia kerana mereka bersaudara. Cikgu Hisyam faham masalah yang dihadapi oleh Dahlia berat tetapi dia beranggapan Dahlia pelajar yang berpotensi mendapat kejayaan cemerlang dalam STPM. Dahlia menahan air mata, Selasa-dia tidak datang ke sekolah kerana adiknya sakit ditambah dirinya lemah merdah arus sungai untuk menyelamatkan Said, semalam pula dia menghantar Anggerik ke klinik untuk kali kedua kerana masa sudah ditetapkan oleh doktor. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa masalah jika dipendamkan akan menjadi nanah lalu menyeksa diri sendiri. Dahlia hanya menggeleng. Cikgu Hisyam mengerti masalah yang dihadapi oleh Dahlia amat berat dan mungkin terlalu peribadi untuk diceritakan. Cikgu Hisyam mahu Dahlia berjanji bahawa masalah yang dihadapinya tidak akan mengganggu pelajarannya. Dahlia mengangguk, adakah masalah yang dihadapinya boleh diselesaikannya, bolehkah dia menumpukan semula perhatiannya pada pelajaran?

Bab 11 : Pedihnya Melayan Kerenah Anak

Bab 11 : Pedihnya Melayan Kerenah Anak

            Cerita bermula dengan Abu Bakar membasuh motosikal Honda 90cc yang sudah dipinjamnya dua hari. Apabila dipinjamkan dalam keadaan bersih, dipulangkan pun mestilah bersih. Bakar terfikir alangkah baiknya jika mempunyai motosikal sendiri, ke mana-mana pun senang.Jika ada pertunjukan pentas, tidak perlu menumpang motosikal sesiapa, malah boleh pergi sendiri jika kawan-kawannya sibuk. Jika di panggung sedang menayang kan filem baharu, pasti tidak akan terlepas peluang untuk menonton. Harga motosikal bukan murah, sekurang-kurangnya RM 3000. Bakar memikirkan cara untuk memiliki sejumlah wang. Kalau kerja di kilang, upah sedikit, memotong  getah 3, 4 tahun bekerja pun tidak mampu memiliki motosikal yang diangan-angankan. Bakar merasakan dirinya sejak sekolah rendah hingga menamatkan Tingkatan 5, dia tidak pernah merasai kesenangan. Emaknya pula tidak sihat, tidak mungkin hajatnya akan tercapai. Kambing mengembek, Anggerik menangis, membangkitkan rasa geram Bakar.Dipanggilnya Melati untuk menjaga Anggerik, Melati pula bersiap untuk ke sekolah tetapi Abu Bakar mahu Melati mendiamkan Anggerik baru ke sekolah.Apabila Melati meminta Bakar sahaja yang menjaga Anggerik, Abu Bakar memandang wajah Melati seperti mahu menelannya. Jadi terpaksalah Melati menjaga Anggeri, jika tidak pasti Bakar akan mengerjakannya.
            Abu Bakar meneruskan kerja membasuh motosikal merah lalu dilap.Di kepalanya, terbayang rancangan untuk melihat persembahan kumpulan rock malam itu. Dia menghidupkan enjinya lalu terdengar bunyi mengaum, tangisan Anggerik yang mula reda bergema lagi, Melati memarahi Bakar kerana bunyi bising motosikal menyebabkan Anggerik terjaga dan meminta Bakar menjaga Anggerik kerana dirinya sudah lewat ke sekolah. Abu Bakar mematikan enjin motosikal, matanya terjojol mendengar kata-kata Melati yang baru berusia 11 tahun tetapi sudah pandai bercakap banyak.Bakar bergegas naik ke atas untuk mengajar adiknya bahawa dia adalah abang.Langkah Bakar terhenti apabila namanya dipanggil oleh bapanya.Embong mengarahkan Bakar turun, Abu Bakar tercegat di pintu. Pada saat-saat keluarganya susah, diharapkan Bakar sebagai anak lelaki dapat mengurangkan beban keluarga tetapi tidak. 2 hari Bakar tidak pulang ke rumah, kalau balik hanya untuk menukar pakaian kemudian menghilangkan diri.Melihatkan sikap anaknya, Embong segera melangkah naik, Bakar bergegas turun melalui pintu depan, Embong mengejar tetapi Bakar menghidupkan enjin motosikal dengan pantas dan dihalakan hendal ke jalan.
            Embong terduduk di kerusi panjang  di anjung dalam keadaan letih. Dengan masalah bertimbun, dia berharap semua anaknya faham terutama anak lelakinya cuma seorang.Tiba-tiba Melati memberitahu bapanya dia hendak ke sekolah, Embong menyuruh Melati berbasikal ke sekolah kerana dia tidak menggunakan basikal. Embong berbisik dalam hatinya bahawa Tuhan memberikan mereka banyak ujian, dia dan isteri banyak menaruh harapan kepada Bakar tetapi tidak menjadi langsung, mungkin disebabkan anak mereka yang lain semuanya perempuan menyebabkan Bakar rasa tersisih. Tiba-tiba Embong terbayang ular sawa yang dibunuh, timbul rasa kesal berbaur takut. Ular yang dibunuhnya diberikan kepada Tauke Lim, sama ada Tauke Lim menjual ular itu atau makan, Embong tidak meminta sesen pun. Rasa bersalah menghantui fikirannya apabila mengenang nasib anak-anaknya kehilangan ibu, terfikir pula nasib anak-anak ular yang dibunuh itu.
            Embong separuh terkejut apabila namanya dipanggil, anak-anaknya yang sudah 2 bulan tidak pulang, tiba-tiba berada di halaman.Mawar memberitahu bahawa dia berselisih dengan Melati tetapi tidak sempat bersembang.Embong bahagia menyambut kepulangan anaknya Mawar yang belajar di SMK Sains Johor di Kluang. Mawar akan balik pada hari Sabtu, pengetua membenarkan Mawar balik setelah dirayu oleh Mawar. Mawar balik kerana asyik teringat emaknya seperti ada yang tidk kena lalu menanyakan Embong di mana emaknya.Embong tidak tahu apakah jawapan yang patut diberi, tanpa khabar berita, ikatan jiwa anak-beranak yang kuat memberi khabar yang sebenar.Embong meminta Mawar menjaga Anggerik kerana dia hendak memberi kambing makan. Mawar masih tidak puas hati ditanya bapanya sama ada emaknya di dapur. Embong meminta Mawar bertanya kepada Dahlia apabila kakaknya pulang petang nanti.
            Ketika memberi kambing makan, Embong terbayang sewaktu kambing yang dipeliharanya 12 ekor, dia sanggup menjaganya walaupun banyak, sekarang tinggal 2 ekor. Kalau hidupnya bertambah susah, 2 ekor kambing ini akan menjadi mangsa. Sebenarnya, dia ingin menambah kambing yang telah dijual untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.Kini, duitnya tidak bertambah, malah semakin berkurangan. Hari ini Dahlia melawat ibunya, minggu depan kalau diizinkan, dia pula, tidak ada orang menjaga Anggerik jika dia pergi bersama-sama Dahlia lagipun perbelanjaan siapa yang hendak tanggung, walaupun dia boleh meminjam daripada Haji Sulaiman dan Tauke Lim tetapi sampai bila?
            Mawar memanggil Embong, Embong menoleh ke arah dapur, dilihatnya Mawar di pintu tengah, Mawar mengatakan bahawa ibunya tidak ada di dapur.

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai

                Cerita bermula dengan Dahlia tiba di Hospital Permai pada pukul 3.15pm.Sesampai di kaunter pertanyaan, 2 orang perempuan sedang berurusan dengan tetamu.Dahlia duduk menunggu gilirannya sambil memikirkan reaksi ibunya. Khayalannya terputus apabila seorang wanita dalam anggarannya berusia 30-an bertanyakan orang yang hendak dijumpai Dahlia. Setelah memberikan nama penuh ibunya Saleha binti Dahlan, wanita itu meminta Dahlia berjumpa dengan doktor dulu untuk berbincang lalu Dahlia mengikut wanita itu. Setelah masuk dan duduk, doktor yang dimaksudkan itu mengambil fail dan dibuka lalu membacanya sekilas lalu. Doktor Ridhuan berwajah bulat, berkumis tebal memberitahu bahawa sakit ibu Dahlia sudah ke tahap bahaya.Dr Ridhuan menerangkan bahawa sebagai doktor, dia suka berterus terang agar apa-apa yang berlaku kelak tidak disalahtafsirkan.Dia ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan ibu Dahlia berkeadaan begitu kerana mereka sedang mengkaji punca yang tepat menyebabkan ibu Dahlia tidak sihat.Dr. Ridhuan menerangkan bahawa kebiasaanya penyakit seperti itu berpunca daripada masalah tekanan. Dahlia ingin tahu sama ada ibunya gila? Dr. Ridhuan menyatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan perkataan “gila”, cuma dikatakan tidak sihat dan ingin tahu sudah berapa lama ibu Dahlia berkeadaan begitu.
            Dahlia menerangkan bahawa tidak lama, pada mula ibunya suka bercakap seorang diri, kadang-kadang merayau-rayau tetapi mereka menganggap itu perkara biasa kerana selepas itu ibunya seperti sedia kala. Dr. Ridhuan mencadangan Dahlia berjumpa dengan ibunya dulu, selepas itu , mereka akan berbincang lagi. Mereka keluar, Dr. Ridhuan memanjangkan kepala mencari seseorang, seorang pekerja lelaki lalu di situ, lelaki itu dikenali Dahlia, Azhari.Azhari juga terkejut mengapa Dahlia berada di situ.Dr. Ridhuan meminta Azhari membawa Dahlia ke bilik 16.Selepas itu kembali ke biliknya.Azhari menyedari rakan-rakannya memandang ke arahnya lalu cepat-cepat membawa Dahlia keluar.Masing-masing menanyakan sebab mereka berada di tempat itu.Azhari menerangkan bahawa baru 2 minggu dia bekerja di situ, kerja sementara.Dahlia memberitahu bahawa dia datang untuk berjumpa dengan ibunya.Kemudian masing-masing kehilangan kata lalu melangkah menuju bilik 16.Azhari berasa berdosa tidak mengambil tahu sejak awal sedangkan emak Dahlia pernah ditemui sebelum ini.Dahlia bersedia untuk ditinggalkan oleh Azhari jika Azhari mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka.
            Dahlia terkejut apabila seorang lelaki menjerit di kaki lima bangunan sebelah. Lelaki yang berseluar pendek itu mengejeknya. Azhari menerangkan bahawa perangai orang di situ memang macam itu, pada hari pertama dia bekerja di situ,  dia berasa menyesal tetapi sekarang dia sudah berani. Mereka tiba di bilik 16, Azhari meminta Dahlia masuk ke bilik 16 sendiri.Dahlia mengatakan bahawa memang keadaan ibunya buruk.Azhari menjadi serba salah, lalu melangkah masuk bersama-sama Dahlia.Bilik ibunya hanya 3X5 meter dipagarkan dengan jaring sebesar ibu jaring, ketika menghampiri bilik kusam itu, dia terlihat di dalamnya seorang wanita yang mencangkung.ibunya berpakaian compang-camping, rambut berserabut, muka penuh dengan daki, dia berasa pilu, kehilangan kata-kata. Azhari meminta Lia bersabar.Apa yang dibayangkan Dahlia tidak sama seperti yang dilihatnya.’
            Dahlia memanggil ibunya tetapi Saleha memusingkan kepada ke sebelah kiri, memandang siling, kemudian simen.Dahlia memanggil ibunya sekali lagi. Saleha bangun melangkah mendekati Dahlia menanyakan Dahlia sama ada dia datang untuk mengutip hutang, mendengar kata ibunya, Dahlia bagai hendak pecah dada. Azhari memegang bahunya semacam memintanya kuat untuk menghadapi kenyataan. Saleha menghalau Dahlia dari situ, kalau tidak dia akan menelefon polis untuk menangkap Dahlia. Azhari memberitahu Saleha bahawa itu anaknya Dahlia apabila melihat Dahlia kehilangan kata-kata. Saleha meminta Dahlia keluar, kalau tidak dia akan tetak kepala mereka berdua. Seluruh urat sendi Dahlia menjadi kendur, nafasnya naik dan kepalanya terasa melayang.

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan

            Cerita bermula dengan Embong yang menanyakan Saleha keadaannya, meminta Saleha pulang, merke boleh berkumpul anak-beranak, Anggerik yang masih kecil memerlukan perhatian ibunya. Walaupun Embong ada, tetapi tidak sama dengan kasih sayang yang Saleha berikan. Mereka akan makan bersama-sama, kecuali Bakar, keriangan anak-anak penawar kesusahan yang ditanggung mereka. Kalau Saleha masih sakit, Embong meminta Saleha bersabar, mendengar nasihat doktor , makan ubat walaupun dia tahu isterinya tidak suka benda yang pahit, yang pahit itu mujarab. Embong berdoa siang dan malam, Tuhan akan perkenankan, Embong menanti saat mereka sekeluarga berkumpul seperti dulu.
            Embong menoleh apabila dipanggil oleh lelaki berkopiah, kerja menyabit rumput terhenti.Embong menanyakan tempat yang ditujui oleh Haji Deraman.Haji Deraman memberitahu Embong dia ke surau kerana malam itu malam Jumaat dan menanyakan sebab Embong sudah lama tidak pergi ke surau. Embong berasa serba salah, dulu surau buruk , diminta ganti, surau baharu sudah ada, tetapi Embong masih tidak ke surau. Embong memberitahu bahawa kalau keadaan keluarganya mengizinkan, dia akan ke surau. Haji Deraman berasa bersalah lalu cepat-cepat berlalu dari situ.
            Setelah rumput yng disebat sendat dalam karung guni, diletakkan ke basikal lalu mengayuh pulang.Dalam perjalanan, Embong berharap anaknya sudah pulang.Sudah hampir Maghrib, tidak elok anaknya pulang lewat.Dia membelok melintasi tiiti lalu menuju arah ke rumahnya.Di kiri, rumah Aton. Dipandang ke depan kelihatan sebuah kereta putih menuju ke arahnya. Embong berkira-kira kereta itu membawa isterinya pulang, kegirangan berputik di hatinya.Kereta itu berhenti, pemandu itu menanyakan Embong balik ke rumah atau bukan, Embong mengangguk.Anak muda yang menyapanya pernah dilihat.Embong teringat itu kawan Dahlia tetapi apakah tujuan kedatangannya.Persoalan timbul dalam fikiran Embong adakah Dahlia tidak ke Johor Bahru tetapi berpelisiran dengan lelaki itu. Embong tidak pernah anaknya akan berbuat begitu. Sesampai di rumah, masih di atas basikal, Embong bertanyakan keadaan emak Dahlia, Dahlia yang matanya merah hanya mengangguk. Embong bertanyakan sama ada emaknya sihat, Dahlia mengangguk sekali lagi lalu melangkah masuk.
            Malam itu selepas sembahyang Maghrib, Embong berpusing dan memandang wajah anak-anaknya. Embong memberitahu bahawa mereka perlu melakukan segalanya sekarang, jangan berputus asa, jangan berkelahi, susah atau senang, mereka tanggung bersama-sama lalu meminta Dahlia menceritakan keadaan ibu mereka. Dahlia keberatan untuk memberitahu keadaan emaknya namun bimbang menambah tekanan perasaan adik-adiknya.Dahlia hanya memberitahu emaknya sedang dirawat, dia tahu dia telah berbohong. Embong lega mendengar penerangan Dahlia lalu bergerak di depan. Embong tercegat di tepi pintu, berasa gembira kerana isterinya akanpulang tidak lama lagi dan betul sangkaannya. Mawar memanggil Embong makan, Embong meminta anak-anaknya makan dulu.Embong membiarkan titisan hujan menyentuh tubuhnya.Tiba-tiba Dahlia berdiri di sisinya dan memberitahu ayahnya keadaan sebenar ibunya. Embong tidak mahu Dahlia bercakap berdolak-dalik kerana sebentar tadi di depan adik-adiknya Dahlia memberitahu ibunya sihat, akan pulang tidak lama lagi. Dahlia menjelaskan bahawa Mawar akan menduduki peperiksaan pada bulan Oktober, dia tidak mahu mengganggu perasaan adiknya. Embong semakin bimbang.Dahlia memberitahu bahawa ibunya tidak kenal Lia lagi malah menganggap Lia penagih hutang lalu dihalaunya.Isterinya pernah menghalau seseorang, orang itu ialah Aton yang menagih hutang yang telah dijelaskan.Peristiwa itu sudah lama berlaku, 3 atau 4 tahun lalu.
            Tiba-tiba Embong terdengar sesuatu, bukan terdengar tetapi detakan hati.Embong bergegas ke bawah.Dahlia kehairanan, dia juga ke bawah.Embong mendekati kandang kambing jeritan Dahlia tidak dipedulikan.Walaupun hanya 2 ekor tetapi mampu menampung perbelanjaan makanan 2 bulan.Embong mencari-cari tiada.Di mana, ke mana, mungkinkah?Embong tidak sanggup berfikir hingga ke situ, selagi belum berusaha mencari kambingnya yang hilang.

Bab 14: Hilang dari Kandang

Bab 14: Hilang dari Kandang

            Cerita bermula dengan Tauke Lim yang menjaja ikan di halaman rumah Dahlia. Tauke Lim bertanya sama ada Dahlia mahu ikan, Melati pula menjawab kalau ikan percuma, siapa yang tidak mahu. Tauke Lim membungkus sekilo ikan yang paling rumah iaitu ikan sardin lalu menyerahkannya kepada Melati kemudian bergurau dengan Dahlia. Tauke Lim menanyakan bapa Dahlia, Melati menuding kea rah bapanya yang sedang memotong dahan pokok getah yang patah akibat hujan lebat malam tadi. Tauke Lim menjerit kuat baru Embong menoleh dan menanyakan Tauke Lim apa yang dikehendakinya. Tauke Lim memberitahu bahawa ada orang ingin membeli kambing. Tauke Lim ingin membeli kambing Embong. Embong membiarkan kapak yang dipegang melekat di kayu setelah mendengar kata Tauke Lim. Tauke Lim dapat merasakan sesuatu, katanya dia sudah habis membayar kambing yang dibelinya daripada Embong dulu. Embong memberitahu bahawa bukan disebabkan harga dan meminta Tauke Lim mengambil kambingnya, dia tidak melarang. Tauke Lim semakin tidak faham, adakah Embong hendak berikannya kambing secara percuma lalu menuju ke kandang. Kandang kelihatan kosong, jarang kambing Embong dilepaskan. Tauke Lim bertanya kepada Embong tempat Embong menambat kambingnya. Embong dengan marah mengatakan bahawa kalau dia dapat menangkap orang itu, dia akan mengajar pencuri itu cukup-cukup. Tauke Lim menanyakan masa kambing Embong hilang. Embong memberitahu malam tadi, kemungkinan selepas Maghrib sebab sebelum 8.30pm sudah hilang. Embong meminta Tauke Lim memberitahunya jika ada orang menjual kambing kepada Tauke Lim.
            Dahlia melihat perbualan orang tuanya dengan Tauke Lim tentu tentang kambing. Dahlia menyerahkan kerja-kerja di dapur kepada Mawar lalu beredar ke bawah. Anak-anak tangga dijirus supaya tompokan tanah dibuang. Kalau semakin banyak, sukar untuk dibuang nanti, tambahan pula akan memberi gambaran yang buruk kepada tetamu yang datang. Saat itu Dahlia teringat akan Azhari, sama ada Azhari bergurau dengannya. Semasa dalam perjalanan pulang, Dahlia ingin tahu sama ada Azhari akan meninggalkannya kerana Dahlia bukan daripada keturunan yang baik-baik. Azhari memberitahu kalau tidak esok, lusa keluarganya akan ke rumah Dahlia. Dahlia menggeleng sebab bukan itu yang diharapkan untuk memperteguh keyakinan. Azhari menyatakan bahawa dia faham akan masalah yang ditanggung oleh Dahlia. Rombongan keluarganya datang untuk memulakan ikatan tidak bermakna mereka akan berkahwin dalam waktu terdekat. Azhari menerangkan bahawa keluarganya datang ke rumah Dahlia kerana ibunya selalu bertanyakan calon menantunya. Azhari memberitahu bahawa calon menantu sudah ada. Dahlia meminta Azhari jangan bergurau kerana keluarga Azhari tidak tahu keadaan keluarga Dahlia yang sebenarnya. Azhari pula menyatakan bahawa yang hendak kahwin dirinya bukan keluarganya. Tiba-tiba enjin motosikal mengaum, lamunan Dahlia terputus. Dia menoleh ke halaman, Tauke Lim menyatakan bahawa Dahlia rajin dan sudah boleh menjadi emak orang. Tauke Lim menyedari dia sudah terlalu lewat lalu memecut motosikalnya.
            Dahlia meneruskan kerja-kerjanya. Saat itu, wajah Azhari muncul. Adakah apa yang dikatakan Azhari itu benar, atau gurauan semata-mata. Jika benar, adakah tetamu yang datang kelak akan mengukirkan kata-kata yang tidak enak di telinga? Dahlia memikirkan apa yang akan diujarkan oleh emak Azhari. Mempersoalkan pilihan anaknya dan bagaimana Azhari menjawab persoalan ibunya. Bermulalah pertikaman lidah, masing-masing mengemukakan hak. Azhari memberikan alasan sudah terpikat, malah sudah lama berkawan. Si ibu pula memberi ancaman keras yang berupa ugutan, pilih antara dua! Kalau keadaan itu berlaku, di mana Dahlia hendak meletakkan mukanya.
            Dahlia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, anggap sahaja Azhari tidak mungkin datang. Dahlia mengingatkan diri bahawa dia patut memikirkan masalah keluarganya, sambil melangkah dia berfikir tentang lauk yang perlu dimasak. Matanya ternampak Kiambang memotong kertas, dikatakan cikgu menyuruh membuat kraf tangan. Dahlia menegur Kiambang yang memilih masa orang sibuk di dapur untuk membuat kraf tangan, waktu lain pula tidur. Dahlia tahu leterannya tidak digemari oleh adiknya tetapi sebagai kakak dia wajar menegur supaya adiknya tidak menjadi pemalas. Embong memanggil Dahlia kerana kawan Dahlia datang. Langkah Dahlia terhenti. Detak jantungnya semakin kencang, siapa yang datang? Kawan? Siapa? Mungkinkah Azhari?

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga Di Taman

Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman

            Cerita bermula dengan Embong menukar pakaian sebagai tanda menghormati tetamu lalu duduk di kerusi. Semua yang datang tidak dikenalinya kecuali Azhari.
            Embong menanyakan sebab Azhari menghantar Dahlia sampai ke rumah ketika bersarapan ubi rebus pagi tadi. Dalia memberitahu bahawa dia sudah menghalang azhari berbuat begitu tetapi Azhari berdegil tidak kisah walaupun jalan becak. Dahlia menerangkan bahawa kebetulan dia berjumpa dengan Azhari di Johor Bahru dan Azhari bekerja sementara di tempat emaknya dirawat. Embong musykil, kalau-kalau mereka yang datang sudah tahu keadaan ibu Dahlia, kalau sudah tahu, apa pula tujuan kedatangan mereka?
            Emak Azhari memperkenalkan diri dan rombongannya dan mengatakan bahawa suaminya orang politik telah ke Kuala Lumpur, tidak dapat datang. Emak Azhari memberitahu bahawa dia mengajar dan selalu mengikut suaminya ke kampung ini tetapi tidak menyangka anaknya Azhari berkenan dengan Dahlia. Azhari tertunduk malu, menyedari dirinya tidak manis berada di situ lalu ke dapur. Di dapur, Dahlia sedang menjerang air, Dahlia meminta Azhari ke depan. Azhari duduk di lantai dan memberitahu di depan tidak cukup kerusi. Tiba-tiba gelak ketawa terdengar di depan, Dahlia cuba memasang telinga, gelak ketawa sudah tidak ada, hanya kata-kata yang tersusun rapi. Embong memberitahu bahawa Dahlia mengambil STPM tahun ini dan ingin masuk universiti. Ibu Azhari tidak menghalang niat Dahlia malah menyatakan bahawa kalau kedua-dua lulusan universiti lebih baik. Tujuan mereka bukan menentukan hari tetapi ingin tahu sama ada bunga di taman sudah disunting orang. Kegelisahan Azhari menggunung, takut hasratnya ditolak. Embong memberitahu bahawa Dahlia anak sulungnya, dia mahu Dahlia bekerja dulu untuk membantu keluarga kerana mereka bukan orang kaya. Dahlia dan Mawar  membawa minuman dan kuih lapis. Hati Dahlia berdenyut kencang kerna tahu dirinya menjadi perhatian. Apabila Mawar dan Dahlia sampai di ruang tamu, semua tetamu memerhatikannya. Setelah ibu Azhari melihat Dahlia, baru dia tahu sebab anaknya suka akan Dahlia. Lia bergegas ke dapur, tanpa diduga, dia berlanggar dengan Azhari yang hendak keluar. Dulang terjatuh.
            Azhari duduk di kerusi panjang  di anjung, memasang telinga, mungkin dapat mendengar perkara yang dibincangkan. Azhari terkejut apabila abang iparnya mengajak untuk balik. Dia segera masuk ke dalam untuk berjabat salam. Sewaktu bersalam dengan Embong, jejarinya terasa begitu sejuk tetapi sinaran mata Embong seakan-akan memberikan harapan. Setelah tetamu pergi, Embong bertanya kepada Lia sama ada mereka tahu keadaan ibunya, Lia memberitahu Azhari mungkin tidak menceritakannya. Embong mempersoalkan jika mereka tahu, Lia hanya menggeleng. Embong menanyakan pendapat Lia. Lia memberitahu bahawa dia tidak tahu, semua terpulang kepada bapanya. Embong memberitahu bahawa kalau Lia suka, ambil cincin yang ada di atas meja. Embong tidak tahu apa-apa yang harus dibuat, dia juga tidak tahu sama ada perasaan gembira atau duka, anaknya disunting orang, tidak pernah dia terfikir untuk menerima menantu sebegitu cepat. Embong teringat akan isterinya, kalau isterinya ada, peristiwa tadi amat bermakna.
            Matahari kian meninggi, jamnya sudah menunjukkan 11am, dia tidak boleh lewat. Tanpa berlengah, Embong naik ke atas mengambil tuala, dia jarang-jarang lewat ke masjid. Selalunya dia pergi awal untuk menyusun sejadah dan mengemas apa-apa yang perlu walaupun masjid terletak di kampung seberang iaitu di  Parti Jelutong. Hubungannya dengan jemaah masjid begitu rapat. Setelah memakai kain basahan dan mengambil tuala, Embong turun ke bawah semula. Dia ke bilik mandi yan g dihadang dengan atap rumbia. Dia melangkah masuk, tanpa diduga sesuatu sudah menunggu lalu mematuk pahanya. Dahlia mendengar jerita bapanya.