Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang bersolat isyak. Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia dan menimbulkan pertanyaan sama ada ibunya dibuat orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang dengki atau sakit hati terhadap ibunya. Dahlia memohon kepada Tuhan agar menguatkan imannya untuk menghadapi dugaan dengan tabah.
Doa Dahlia terputus apabila terdengar teriakan Nek Kiah( ibu kepada emaknya). Setelah masuk ke rumah, Nek Kiah terus ke ruang tengah rumah, Dahlia bersalam dengan Nek Kiah lalu ke dapur menyediakan minuman. Ibunya Saleha duduk di pojok rumah dengan kaki dan tangannya terikat tertawa. Nek Kiah mula membebel setelah melihat Saleha dilayan begitu. Kiambang dan Melati yang sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tengah mendengar segalanya dan berasa bimbang kerana tanda-tanda perang mulut akan bermula. Nek Kiah menganggap keluarga Saleha sahaja yang tidak baik dan anak-anaknya tidak pandai. Nek Kiah menuduh Embong menyeksa Saleha sejak mereka kahwin hingga beranak 6. Anaknya Saleha “tidak betul” adalah disebabkan oleh Embong dan menuduh Embong seorang yang pemalas. Embong hanya mendiamkan diri. Kalau balas sepatah akan dibalas dengan puluhan kata-kata yang menyakitkan telinga. Dahlia menuangkan kopi untuk Nek Kiah tetapi dikritik kopi yang dibuat oleh Dahlia pahit macam hendak bunuh orang.
Pada saat itu ada orang memberi salam, Embong dengan cepat bangun lalu membuka pintu kerana tidak mahu mendengar kata-kata mak mentuanya. Rupa-rupanya Haji Sulaiman ( ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Hj Rais membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Senja tadi, Embong meminta bantu Haji Sulaiman dan orang-orang kampung menangkap isterinya untuk dibawa pulang, tidak meminta apa-apa pertolongan lain tetapi mengapa ada orang dari hospital? Haji Sulaiman mengatakan bahawa adalah menjadi sebahagian tugasnya membantu Embong. Embong menolak kerana menganggap masalah Saleha masalah keluarganya. Nek Kiah pula menempelak kerana menganggap penyakit anaknya tidak merebak, mengapa perlu dibawa ke hospital.
Haji Sulaiman bangkit dan duduk di sisi Embong lalu meminta Embong jangan beranggapan buruk. Dahlia tidak bersetuju ibunya di bawa ke hospital pada masa yang sama Anggerik menangis lalu Dahlia bergegas ke buaian , dirasai dahi Anggerik, panas walaupun udara di luar sejuk. Dahlia dan adik-adiknya memasang telinga terhadap perbualan bapa mereka dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman menerangkan bahawa niatnya baik untuk membantu Embong. Dahlia membantah kerana penyakit ibunya bukan selalu terjadi, sesekali sahaja lagipun kalau ibunya tiada siapa yang akan menjaga Anggerik? Tetapi kata-kata itu tidak diujarkannya takut dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Kiambang dan Melati menjerit agar bapa mereka tidak membenarkan ibu mereka dibawa pergi. Nek Kiah memaki Embong tidak ada perasaan, lelaki tidak berguna. Embong Cuma menggeleng, menegah samalah tidak berusaha mengubati penyakit isteirnya, membiarkan boleh juga dianggap sudah hilang perasaan kasihan, perasaan kasih sayang yang sudah terikat lebih 20 dekad. 4 orang lelaki membawa Saleha, Embong menyuruh Dahlia menjaga adik-adiknya kerana ingin ikut sama.
No comments:
Post a Comment