Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri!
Cerita bermula dengan perbualan antara Dahlia dengan Cikgu Salwani berkenaan dengan masalah Dahlia yang tinggal di asrama tetapi selalu balik ke rumah. Cikgu Salwani mengingatkan Dahlia semasa dia memohon untuk tinggal di asrama, pelbagai alasan diberikan antara tidak sanggup datang lewat kerana tinggal dan suasana pembelajaran di asrama lebih selesa. Dahlia membiarkan Cikgu Salwani terus bercakap, dia tidak mahu meluahkan masalah dirinya kerana dianggap membuka pekung di dada. Cikgu Salwani terus bercakap dengan nada yang keras bahawa guru disiplin mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Salwani dan mengatakan Cikgu Salwani tidak pandai menjaga anak buahnya. Dahlia terkejut apabila Cikgu Salwani memanggil namanya, guru perempuan yang menjangkau usia 30-an itu dulu selalu mudah tersenyum tetapi kini bagai singa yang mahu menerkam. Pada saat itu, rakan-rakannya berada di dewan makan, Dahlia terasa rakan-rakannya sungguh bahagia, saat kemesraan dengan rakan semakin menjauh. Deringan loceng elektrik bergema, rakan-rakannya akan meneruskan pelajaran, Dahlia juga ingin belajar, pelajaran yang tertinggal mahu disambung semula.
Cikgu Salwani meminta Dahlia jangan membuang masanya kerana dia ada kelas, meminta Dahlia menceritakan masalahnya. Dahlia memberitahu Cikgu Salwani bahawa dia ada masalah tetapi Cikgu Salwani pula mengatakan bahawa setiap orang mempunyai masalah termasuk dirinya. Dahlia mengatakan bahawa masalah keluarganya berat, ditanya berapa kilogram oleh Cikgu Salwani. Dahlia memberitahu bahawa ibunya sakit, tiada orang menjaga adiknya. Sekali lagi dibalas oleh Cikgu Salwani bahawa dengan mengetepikan pelajaran, Dahlia mahu sakit seperti ibunya. Kata-kata Cikgu Salwani menimbulkan bibit-bibit kebencian di dada Dahlia. Cikgu Salwani berasa sukar untuk menyelesaikan masalah Dahlia yang tidak mahu meluahkan masalahnya. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir sama sama hendak tinggal di asrama atau tidak. Dahlia meminta untuk keluar dari asrama. Cikgu Salwani terkejut, walaupun masalahnya akan selesai tetapi masalah Dahlia belum tentu tamat. Baru Cikgu Salwani sedar kata-katanya terlalu mendesak, banyak melukakan hati orang. Ilmu psikologi yang dipelajarinya semasa di universiti tidak diaplikasi lalu meminta untuk berkongsi ceritanya. Dahlia menggeleng, dia bangun memandang wajah Cikgu Salwani lalu berkata mulai hari itu dia tidak tinggal di asrama lagi. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir baik-baik kerana STPM dalam masa 4 bulan sahaja. Dahlia menggeleng lalu membuka pintu dan keluar. Hatinya ditabahkan agar air mata tidak bercucuran. Keputusan ini telah lama difikirkannya, selain dapat menjaga Anggerik, dia dapat membantu pembelajaran Melati dan Kiambang. Sebagai kakak, dia tidak boleh mementingkan diri sendiri.
Setelah keluar dari bilik Cikgu Salwani, Dahlia tidak tahu ke mana hendak ditujuinya, dia ingin menenangkan fikirannya lalu melangkah ke perpustakaan. Masuk ke sahaja ke bilik itu, dia menuju ke meja hujung, sesampai ke meja yang kosong, dia duduk untuk mencari kedamaian. Pada masa itu, wajah emaknya terbayang, semalam Dahlia mengeluarkan duit biasiswa, angan-angan mahu ke Johor Bahru petang ini. Tiba-tiba Dahlia teringat akan surah al-Baqarah ayat 155-157. Dia tidak akan menyerah segala-galanya kepada takdir, dia perlu berusaha, baru nasib akan berubah. Kata-kata Bernard Shaw : pemimpin yang lemah akan membiarkan dirinya dipengaruhi oleh keadaan, tetapi pemimpin yang berjiwa besar akan berusaha mengubah keadaan. Dahlia juga terkenang beberapa orang pemimpin berjiwa besar seperti Mahatma Ghandi, Nehru, Nasser, Tito dan Park Chung Hee.
Dahlia disergah oleh Kavita dan memberitahu Dahlia bahawa Cikgu Hisyam hendak berjumpa dengan Dahlia sekarang juga. Setelah menanyakan tempat, Dahlia ingin tahu tujuan Cikgu Hisyam hendak berjumpa dengannya, adakah Cikgu Hisyam akan mengeluarkan kata-kata seperti yang diluahkan oleh Cikgu Salwani? Dahlia sudah berdiri di depan pintu, dia memberi salam lalu mengetuk pintu. Setelah salamnya disambut, Lia masuk, Cikgu Hisyam sedang duduk di kerusi. Cikgu Hisyam meminta Lia jika tidak mahu menganggap cikgu Hisyam sebagai guru kelas, menganggapnya sebagai abang, pak cik atau saudara sendiri. Cikgu Hisyam memberitahu Kavita memberitahunya dia pernah ke rumah Dahlia, dia memuji Kavita dan satu hari nanti dia akan berkunjung ke rumah Dahlia kerana mereka bersaudara. Cikgu Hisyam faham masalah yang dihadapi oleh Dahlia berat tetapi dia beranggapan Dahlia pelajar yang berpotensi mendapat kejayaan cemerlang dalam STPM. Dahlia menahan air mata, Selasa-dia tidak datang ke sekolah kerana adiknya sakit ditambah dirinya lemah merdah arus sungai untuk menyelamatkan Said, semalam pula dia menghantar Anggerik ke klinik untuk kali kedua kerana masa sudah ditetapkan oleh doktor. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa masalah jika dipendamkan akan menjadi nanah lalu menyeksa diri sendiri. Dahlia hanya menggeleng. Cikgu Hisyam mengerti masalah yang dihadapi oleh Dahlia amat berat dan mungkin terlalu peribadi untuk diceritakan. Cikgu Hisyam mahu Dahlia berjanji bahawa masalah yang dihadapinya tidak akan mengganggu pelajarannya. Dahlia mengangguk, adakah masalah yang dihadapinya boleh diselesaikannya, bolehkah dia menumpukan semula perhatiannya pada pelajaran?
No comments:
Post a Comment