Bab 8: Bayang-bayang kecelakaan
Cerita bermula dengan Embong bertarung dengan ular sawa, Embong menjerit meminta tolong, tenaga yang tinggal tidak seberapa dikumpulkan untuk melawan belitan, jika tidak nyawanya akan melayang. Ular membelit lehernya, nafasnya tersekat. Dirinya seakan-akan terapung. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Tatkala itu cuping telinganya dapat mendengar tangisan. Tangisan itu semakin meledakkan suasana, dia memandang sekeliling, yang dilihatnya hanya meja solek dan sejadah di kerusi, memandang ke kiri, terlihat longgokan bantal. Ini di bilik!. Rupa-rupanya Dahlia bermimpi buruk, dia beredar ke cermin, di lehernya terdapat kesan cekikan. Dahlia kehairanan mengapa mimpi buruk mengganggu tidurnya. Detikan jam di dinding sebanyak 11 kali menyebabkan dia bergegas ke ruang tengah. Anggerik segera didukung, dia perlu masak kerana bapanya dan Melati akan pulang. Selepas memasak, dia bercadang untuk membawa adiknya ke klinik kerana demam panasnya. Dia membawa adiknya di anjung, dan duduk di tangan sambil berpantun dan bernyanyi. Tangisan adiknya tidak reda, seluruh badan adiknya panas. Pagi tadi, Anggerik cuma mahu susu, apa yang dimakan dikeluarkan balik. Sekadar susu tidak cukup untuk adiknya yang sudah berusia 18 bulan. Dia nampak 2 orang lelaki bersongkok ke rumah Aton, dia berusaha menyelamatkan Said tetapi dituduh sebagai pembunuh Said. Seorang perempuan menanyakan sebab dia lambat menyelamatkan Said, pertanyaan itu mengejutkan Lia ketika dia membuka kasut untuk naik ke rumah si mati. Dahlia memberitahu bahawa dia sudah bertindak segera untuk menyelamatkan Said. Sesampainya di tangga paling atas, Aton memaki Dahlia, saudara maranya segera memeluk Aton. Tanpa berlengah, Dahlia bergegas pulang, sepanjang perjalanan, air matanya membasahi pipinya. Peristiwa pagi tadi, mahu dilupakan walaupun pedih. Dahlia menyedari bahawa jika dia terus melayan perasaan sendiri, jiwanya akan lemah. Anggerik segera didukung di pinggang, dia menjerang air, masak nasi menggunakan kayu getah kering, dia ke tebing sungai, daun-daun muda pokok ubi dipetik, kambing di situ mengembek apabila melihat Dahlia, kata hati Dahlia kambing-kambing itu perlu berpuasa kerana rumput yang diberikan oleh bapanya pagi tadi sudah habis. 20 minit lagi pukul 2pm, Melati akan pulang, lepas makan ke kelas agama dengan basikal mininya. Melati yang pulang ke rumah memberitahu Dahlia bahawa hari ini hari terakhir dia ke sekolah, apabila ditanya sebabnya, Melati memberitahu bahawa supaya dia boleh menjaga adik, biar kakaknya Dahlia belajar. Melati tidak mahu belajar kerana ibu mereka dikatakan orang gila. Dahlia menafikannya dan menyatakan oran gtidak pernah hendak menyenangkan mereka. Setelah mendengar kakaknya memberi harapan, barulah Melati ke kelas agama. Kiambang akan balik petang kerana ada latihan rumah, entah betul entah tidak. Abu Bakar pula entah ke mana-mana membawa diri. Bapanya sepatut sudah pulang masih tidak kelihatan lagipun bapanya tidak membawa bekalan.
Dahlia menjerit apabila melihat bapanya pulang membawa ular sawa di atas pungkis. Mukanya pucat dan menggeletar. Tangisan Anggerik semakin kuat. Embong kehairanan melihat reaksi Dahlia sebab bukan kali pertama dia membawa baik ular sawa. Dahlia minta ular itu dibuang kerana ingin membunuhnya. Embong semakin tidak mengerti ular itu ular mati, mengapa Dahlia begitu takut? Mungkinkah sakit isteri sudah menular? Anggerik dilepaskan Dahlia. Embong meletakkan ular di tas tanah dan menyandarkan basikalnya jauh sedikit di pokok getah. Dia menoleh, melihat Anggerik diletakkan di tepi tangga oleh Dahlia. Embong segera naik ke rumah dan dipapah Anggerik, dia amat marah dengan tindakan Dahlia yang melampau, dia mahu masuk ke bilik dan mengajar anaknya itu tetapi langkahnya terhenti, dia membawa selawat beberapa kali dan mencari panduan.
Dia berjuang dengan muat untuk menyelamatkan diri dan dibawa ular bersama-sama sebagai bukti, biar anaknya bangga bahawa si ayahnya orang yang gagah. Embong tidak mengerti mengapa tiba-tiba Dahlia begitu takut melihat ular, kemarahannya mula menurun tetapi kebimbangan pula memuncak. Sejak isterinya tiada, Dahlia pengganti isterinya yang dapat menjaga Anggerik dan memberikan galakan kepada adik-adiknya malah menyediakan makan minumnya. Embong memanggil Dahlia, sepi, Embong menolak pintu, tidak berkunci, dilihat Dahlia meniarap, tangisan Anggerik menyebabkan Dahlia sedar akan kehadiran bapanya. Embong menerangkan bahawa ular itu hendak melilit Embong, nasib baik dia sempat pukul dengan buluh. Dahlia meminta maaf dan menerangkan bahawa sebentar tadi dia tertidur dan mimpi ular membelit dirinya. Embong tidak faham maksud mimpi Dahlia sama dengan maut yang dihadapinya. Setelah menyedari perubahan wajah abahnya, Dahlia segera mengambil Anggerik dan dibawa keluar. Dahlia ke dapur membuat susu. Dahlia memanggil abahnya untuk makan tengah hari walaupun sudah pukul 3pm, tetapi abahnya tidak tahu hilang ke mana. Dia lega apabila melihat bapanya tercegat di tebing. Embong melihat air sungai mengalir deras, mengenang kejadian Dahlia yang begitu berani menyelamatkan Said tempoh hari tetapi hari ini dia begitu gementar. Fikiran Embong terganggu, ada suara menyatakan Embong tidak berhati perut, membunuh ular itu, sepatutnya ular itu dihalau dengan cara baik, ular itu akan datang mencari Embong, anak ular itu akan datang seekor demi seekor mencari Embong. Embong memejamkan mata , perasaan yang meracau menyebabkan jiwanya lemah.
Tiba-tiba, ada orang memanggil, Embong memandang ke belakang, seorang pemuda Melayu bersama-sama gadis India sudah ada di belakangnya. Si lelaki menanyakan sama ada itu rumah Dahlia? Kemudian perempuan di sisi lelaki itu pula menghulurkan tangan.Mereka saling berkenalan. Embong mempelawa dua orang kawan Dahlia naik ke rumah. Embong menjerit memberitahu Dahlia bahawa kawannya datang melawat. Dahlia tidak dapat mengagak orang yang datang kerana tidak pernah ada orang sudi menjenguk rumah buruk itu. Timbul persoalan siapa yang datang?.
No comments:
Post a Comment