Bab 14: Hilang dari Kandang
Cerita bermula dengan Tauke Lim yang menjaja ikan di halaman rumah Dahlia. Tauke Lim bertanya sama ada Dahlia mahu ikan, Melati pula menjawab kalau ikan percuma, siapa yang tidak mahu. Tauke Lim membungkus sekilo ikan yang paling rumah iaitu ikan sardin lalu menyerahkannya kepada Melati kemudian bergurau dengan Dahlia. Tauke Lim menanyakan bapa Dahlia, Melati menuding kea rah bapanya yang sedang memotong dahan pokok getah yang patah akibat hujan lebat malam tadi. Tauke Lim menjerit kuat baru Embong menoleh dan menanyakan Tauke Lim apa yang dikehendakinya. Tauke Lim memberitahu bahawa ada orang ingin membeli kambing. Tauke Lim ingin membeli kambing Embong. Embong membiarkan kapak yang dipegang melekat di kayu setelah mendengar kata Tauke Lim. Tauke Lim dapat merasakan sesuatu, katanya dia sudah habis membayar kambing yang dibelinya daripada Embong dulu. Embong memberitahu bahawa bukan disebabkan harga dan meminta Tauke Lim mengambil kambingnya, dia tidak melarang. Tauke Lim semakin tidak faham, adakah Embong hendak berikannya kambing secara percuma lalu menuju ke kandang. Kandang kelihatan kosong, jarang kambing Embong dilepaskan. Tauke Lim bertanya kepada Embong tempat Embong menambat kambingnya. Embong dengan marah mengatakan bahawa kalau dia dapat menangkap orang itu, dia akan mengajar pencuri itu cukup-cukup. Tauke Lim menanyakan masa kambing Embong hilang. Embong memberitahu malam tadi, kemungkinan selepas Maghrib sebab sebelum 8.30pm sudah hilang. Embong meminta Tauke Lim memberitahunya jika ada orang menjual kambing kepada Tauke Lim.
Dahlia melihat perbualan orang tuanya dengan Tauke Lim tentu tentang kambing. Dahlia menyerahkan kerja-kerja di dapur kepada Mawar lalu beredar ke bawah. Anak-anak tangga dijirus supaya tompokan tanah dibuang. Kalau semakin banyak, sukar untuk dibuang nanti, tambahan pula akan memberi gambaran yang buruk kepada tetamu yang datang. Saat itu Dahlia teringat akan Azhari, sama ada Azhari bergurau dengannya. Semasa dalam perjalanan pulang, Dahlia ingin tahu sama ada Azhari akan meninggalkannya kerana Dahlia bukan daripada keturunan yang baik-baik. Azhari memberitahu kalau tidak esok, lusa keluarganya akan ke rumah Dahlia. Dahlia menggeleng sebab bukan itu yang diharapkan untuk memperteguh keyakinan. Azhari menyatakan bahawa dia faham akan masalah yang ditanggung oleh Dahlia. Rombongan keluarganya datang untuk memulakan ikatan tidak bermakna mereka akan berkahwin dalam waktu terdekat. Azhari menerangkan bahawa keluarganya datang ke rumah Dahlia kerana ibunya selalu bertanyakan calon menantunya. Azhari memberitahu bahawa calon menantu sudah ada. Dahlia meminta Azhari jangan bergurau kerana keluarga Azhari tidak tahu keadaan keluarga Dahlia yang sebenarnya. Azhari pula menyatakan bahawa yang hendak kahwin dirinya bukan keluarganya. Tiba-tiba enjin motosikal mengaum, lamunan Dahlia terputus. Dia menoleh ke halaman, Tauke Lim menyatakan bahawa Dahlia rajin dan sudah boleh menjadi emak orang. Tauke Lim menyedari dia sudah terlalu lewat lalu memecut motosikalnya.
Dahlia meneruskan kerja-kerjanya. Saat itu, wajah Azhari muncul. Adakah apa yang dikatakan Azhari itu benar, atau gurauan semata-mata. Jika benar, adakah tetamu yang datang kelak akan mengukirkan kata-kata yang tidak enak di telinga? Dahlia memikirkan apa yang akan diujarkan oleh emak Azhari. Mempersoalkan pilihan anaknya dan bagaimana Azhari menjawab persoalan ibunya. Bermulalah pertikaman lidah, masing-masing mengemukakan hak. Azhari memberikan alasan sudah terpikat, malah sudah lama berkawan. Si ibu pula memberi ancaman keras yang berupa ugutan, pilih antara dua! Kalau keadaan itu berlaku, di mana Dahlia hendak meletakkan mukanya.
Dahlia tidak mahu memikirkan yang bukan-bukan, anggap sahaja Azhari tidak mungkin datang. Dahlia mengingatkan diri bahawa dia patut memikirkan masalah keluarganya, sambil melangkah dia berfikir tentang lauk yang perlu dimasak. Matanya ternampak Kiambang memotong kertas, dikatakan cikgu menyuruh membuat kraf tangan. Dahlia menegur Kiambang yang memilih masa orang sibuk di dapur untuk membuat kraf tangan, waktu lain pula tidur. Dahlia tahu leterannya tidak digemari oleh adiknya tetapi sebagai kakak dia wajar menegur supaya adiknya tidak menjadi pemalas. Embong memanggil Dahlia kerana kawan Dahlia datang. Langkah Dahlia terhenti. Detak jantungnya semakin kencang, siapa yang datang? Kawan? Siapa? Mungkinkah Azhari?
Tauke Lim membungkus sekilo ikan yang paling rumah iaitu ikan sardin lalu menyerahkannya kepada Melati
ReplyDelete