Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Cerita bermula dengan Dahlia tiba di Hospital Permai pada pukul 3.15pm.Sesampai di kaunter pertanyaan, 2 orang perempuan sedang berurusan dengan tetamu.Dahlia duduk menunggu gilirannya sambil memikirkan reaksi ibunya. Khayalannya terputus apabila seorang wanita dalam anggarannya berusia 30-an bertanyakan orang yang hendak dijumpai Dahlia. Setelah memberikan nama penuh ibunya Saleha binti Dahlan, wanita itu meminta Dahlia berjumpa dengan doktor dulu untuk berbincang lalu Dahlia mengikut wanita itu. Setelah masuk dan duduk, doktor yang dimaksudkan itu mengambil fail dan dibuka lalu membacanya sekilas lalu. Doktor Ridhuan berwajah bulat, berkumis tebal memberitahu bahawa sakit ibu Dahlia sudah ke tahap bahaya.Dr Ridhuan menerangkan bahawa sebagai doktor, dia suka berterus terang agar apa-apa yang berlaku kelak tidak disalahtafsirkan.Dia ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan ibu Dahlia berkeadaan begitu kerana mereka sedang mengkaji punca yang tepat menyebabkan ibu Dahlia tidak sihat.Dr. Ridhuan menerangkan bahawa kebiasaanya penyakit seperti itu berpunca daripada masalah tekanan. Dahlia ingin tahu sama ada ibunya gila? Dr. Ridhuan menyatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan perkataan “gila”, cuma dikatakan tidak sihat dan ingin tahu sudah berapa lama ibu Dahlia berkeadaan begitu.
Dahlia menerangkan bahawa tidak lama, pada mula ibunya suka bercakap seorang diri, kadang-kadang merayau-rayau tetapi mereka menganggap itu perkara biasa kerana selepas itu ibunya seperti sedia kala. Dr. Ridhuan mencadangan Dahlia berjumpa dengan ibunya dulu, selepas itu , mereka akan berbincang lagi. Mereka keluar, Dr. Ridhuan memanjangkan kepala mencari seseorang, seorang pekerja lelaki lalu di situ, lelaki itu dikenali Dahlia, Azhari.Azhari juga terkejut mengapa Dahlia berada di situ.Dr. Ridhuan meminta Azhari membawa Dahlia ke bilik 16.Selepas itu kembali ke biliknya.Azhari menyedari rakan-rakannya memandang ke arahnya lalu cepat-cepat membawa Dahlia keluar.Masing-masing menanyakan sebab mereka berada di tempat itu.Azhari menerangkan bahawa baru 2 minggu dia bekerja di situ, kerja sementara.Dahlia memberitahu bahawa dia datang untuk berjumpa dengan ibunya.Kemudian masing-masing kehilangan kata lalu melangkah menuju bilik 16.Azhari berasa berdosa tidak mengambil tahu sejak awal sedangkan emak Dahlia pernah ditemui sebelum ini.Dahlia bersedia untuk ditinggalkan oleh Azhari jika Azhari mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka.
Dahlia terkejut apabila seorang lelaki menjerit di kaki lima bangunan sebelah. Lelaki yang berseluar pendek itu mengejeknya. Azhari menerangkan bahawa perangai orang di situ memang macam itu, pada hari pertama dia bekerja di situ, dia berasa menyesal tetapi sekarang dia sudah berani. Mereka tiba di bilik 16, Azhari meminta Dahlia masuk ke bilik 16 sendiri.Dahlia mengatakan bahawa memang keadaan ibunya buruk.Azhari menjadi serba salah, lalu melangkah masuk bersama-sama Dahlia.Bilik ibunya hanya 3X5 meter dipagarkan dengan jaring sebesar ibu jaring, ketika menghampiri bilik kusam itu, dia terlihat di dalamnya seorang wanita yang mencangkung.ibunya berpakaian compang-camping, rambut berserabut, muka penuh dengan daki, dia berasa pilu, kehilangan kata-kata. Azhari meminta Lia bersabar.Apa yang dibayangkan Dahlia tidak sama seperti yang dilihatnya.’
Dahlia memanggil ibunya tetapi Saleha memusingkan kepada ke sebelah kiri, memandang siling, kemudian simen.Dahlia memanggil ibunya sekali lagi. Saleha bangun melangkah mendekati Dahlia menanyakan Dahlia sama ada dia datang untuk mengutip hutang, mendengar kata ibunya, Dahlia bagai hendak pecah dada. Azhari memegang bahunya semacam memintanya kuat untuk menghadapi kenyataan. Saleha menghalau Dahlia dari situ, kalau tidak dia akan menelefon polis untuk menangkap Dahlia. Azhari memberitahu Saleha bahawa itu anaknya Dahlia apabila melihat Dahlia kehilangan kata-kata. Saleha meminta Dahlia keluar, kalau tidak dia akan tetak kepala mereka berdua. Seluruh urat sendi Dahlia menjadi kendur, nafasnya naik dan kepalanya terasa melayang.
No comments:
Post a Comment