Bab 22: Kain Merah yang Reput
Cerita bermula dengan Abu Bakar menemui kakaknya selepas solat Jumaat lalu bertanya sama ada Embong marak akan Bakar. Lia menjelaskan bahawa jika mereka menjadi anak yang baik, bapa mereka tidak akan marah. Bakar mengatakan bahawa tidak mungkin bapanya tidak marah tentang penjualan kambing olehnya. Dahlia memberitahu bahawa walaupun bapanya marah, kambing itu tidak akan diperoleh semula, bapanya menahan rasa marah. Dahila memberitahu Bakar bahawa mereka beruntung kerana ibu bapa mereka tidak pernah menyekat kebebasan mereka, tidak menengking mereka, jadi mereka perlu faham perasaan mereka sebagai anak. Bakar berasa sangat kesal dan sedar akan kesilapannya selama ini. Dia terikut-ikut rentak rakan-rakannya yang semuanya daripada keluarga senang.
Bakar teringat kata-kata rakannya bahawa mereka selalu belanja Bakar, bila pula Bakar hendak belanja mereka? Bakar memberitahu bahawa dia tidak ada duit, kalau ada duit, dia akan belanja. Kawan-kawannya menanyakan bila masa Bakar hendak belanja mereka. Mereka menyuruh Bakar balik rumah, tengok cermin, lihat siapa diri Bakar, siapa mereka. Dahlia memberitahu bahawa ayahnya memilih anak Abu Bakar agar Bakar segagah Saidina Abu Bakar yang sanggup bersusah payah menghadapi cabaran menegakkan syiar Islam tetapi rupa-rupanya diri bapa mereka yang dibakar.
Abu Bakar mendapatkan kakaknya yang duduk di pintu tengah. Selepas menyudahkan kerja rumah, adik-adiknya duduk di ruang tamu menelaah pelajaran. Bakar memberitahu Dahlia bahawa dia akan membuktikan bahawa dia boleh menjadi orang yang baik. Dahlia mengangguk sahaja dan tidak mahu mencabar. Bakar pula mengatakan bahawa jika Nek Kiah datang lagi menuntut tanah, dia akan memenggal kepalanya. Dahlia menegur Bakar supaya tidak bercakap begitu. Nek Kiah merupakan nenek mereka dan orang tua memang nyanyuk, tidak perlu dilayan, meminta Bakar bercakap dengan lembut, satu hari nanti Allah akan melembutkan hati nenek. Timbul persoalan dalam minda Bakar mengapa dirinya masih celopar dan mengikut perasaan. Kakaknya Dahlia yang menghadapi pelbagai cabaran, tetapi masih tabah.
Bakar membuat apa-apa sahaja kerja, membelah kayu dan longgokannya di bawah rumah. Selepas menyusun kayu, dia mengemas di bawah rumah yang berselerak. Dahlia terasa lebih santai, tidak terkejar-kejar membuat kerja rumah. Jika kerja rumah dibereskan, pelajarannya pula tertinggal. Kata-kata Cikgu Hisyam terngiang-ngiang di telinganya bahawa Dahlia calon 5A dalam STPM, benarkah kata-kata Cikgu Hisyam itu atau sekadar menyedapkan hatinya. Dalam hati, Dahlia mahu tunaikan harapan Cikgu Hisyam. Dahlia hanya menyepi, membiarkan Abu Bakar yang membebel ketika mengemas di bawah rumah. Dahlia melihat rumah di depan, sepanjang hari, dia tidak nampak neneknya keluar. Kebiasaannya nenek sudah memberi ayam makna, menyidai pakaian, paling tidak membuka tingkap. Dahlia bertanya kepada Bakar sama ada dia nampak nenek. Bakar menjawab “lantak” dan dimarahi Lia. Menyedari kesilapannya, Bakar mengatakan bahawa dia tidak nampak, mungkin neneknya tidur. Di balai raya pagi tadi pun, Dahlia tidak nampak neneknya yang selalunya akan datang membantu. Apabila ditanya Melati, Melati juga mengatakan bahawa dia tidak nampak nenek, rumah neneknya juga tertutup. Dahlia terdiam, memikirkan tempat yang ditujuinya neneknya, tidak mungkin nenek pergi ke rumah Pak Cik Seman kerana sudah lama Seman tidak datang, lagipun pasti Pak Cik Seman sibuk dengan majlis Maulidur Rasul di kampungnya sendiri. Pada pendapat Lia, seburuk-buruk keluarganya di mata nenek, seburuk-buruk sikap nenek terhadap keluarganya, sebagai orang tua, nenek patut dihormati, apatah lagi mereka ada pertalian darah. Dahlia percaya kalau bukan kerana hasutan bapa saudaranya, nenek tidak akan bersikap seperti itu. Hati Lia tidak tenang, usia neneknya sudah melewati 80-an, hidup pula bersendirian, Lia bimbang sesuatu yang tidak baik berlaku kepada neneknya.
Bakar terjumpa sesuatu lalu memanggil kakaknya turun, Melati dan Kiambang yang mendengar panggilan juga bergegas turun. Dahlia, Kiambang dan Melati menutup hidung mereka kerana terbau sesuatu yang cukup busuk. Abu Bakar dengan perasaan prasangka menunjukkan satu bungkusan yang dicungkilnya dari dalam tanah. Kain merah yang reput dikuis. Bakar membawa keluar 2 biji telur ayam berwarna hitam. Sebiji sudah pecah, dipecahkan sebiji lagi, bau semakin busuk. Apabila dikuis isi telur, alangkah terperanjat apabila mendapati jarum peniti, cincin akik, butiran pasir dan 2 batang paku di dalam telur itu. Mereka saling berpandangan, Abu Bakar mengatakan bahawa ada orang yang dengki terhadap mereka. Dahlia tiak mahu mengulas kerana dia tidak mempercayai perkara syirik. Bakar berkata bahawa mereka tunggu bapanya balik dari balai raya, kalau bapanya setuju, mereka akan berjumpa dengan bomoh untuk mengetahui orang yang dengki akan mereka. Dahlia berkata bahawa tentu bapanya tidak akan bersetuju. Bakar berkata bahawa orang yang dengki akan keluarganya tidak boleh dibiarkan, mungkin itulah punca emak mereka sakit. Kalau mereka tahu orang yang dengki akan mereka, mereka boleh balas balik. Dahlia meminta Bakar jangan menyimpan perasaan dendam. Melati mengangguk, Kiambang pula diam sahaja, hatinya setuju dengan kata-kata abangnya. Dahlia menerangkan bahawa Allah yang menentukan semuanya bukan manusia. Dia tidak percaya perkara syirik seperti itu, surah An-Nisaa ayat 48 tetapi diingatinya.
Dahlia melangkah, Melati bertanya ke mana Lia pergi. Lia ingin tahu sama ada Melati hendak mengikutnya ke rumah nenek dan menyuruh Bakar membuang benda yang dijumpainya ke dalam sungai, tidak perlu menunjukkannya kepada Embong, tidak ada faedahnya. Kiambang pula menyatakan bahawa tidak perlu menengok neneknya, buat kerja lain lebih baik. Dahlia tidak marah kalau adik-adiknya tidak mahu ikut, mereka ada perasaan, berhak untuk marah. Orang marah dibalas dengan senyuman, orang keras dibalas dengan lembut. Dahlia selalu berdoa satu hari nanti, neneknya akan sedar.
9 tahun lalu, semasa datuknya masih hidup, tiada halangan untuk Dahlia ke rumah nenek. Di halaman rumah nenek, dia bermain ketingting, gasing atau berkejaran di sekeliling rumah, bermain kahwin-kahwin dan sembunyi-sembunyi. Datuknya sering menceritakan cerita Bawang Merah Bawang Putih, Batu Belah, Batu Tertangkup dan Si Miksin menjadi Kaya. Datuk juga mengajarnya buat laying-layang, tangkap ikan pelaga di parit, menyerkup burung terkukur, menjerat burung ayam-ayam dan menyanyi berserulingkan daun ubi kayu. Sejak datuk tidak ada, hubungan dengan nenek semakin jauh. Duit hilang, dikatakan Lia yang mencurinya, getah hilang, dituduh adik-adiknya yang menjualnya, tanaman rosak, dikatakan kambing Lia merodoknya. Ada sahaja yang tidak kena.
Dahlia mengintai di celah pintu, di dalam gelap, tidak nampak apa-apa. Dia memijak tangga, sesampai di kepala tangga, dia mengintai menerusi celah pintu, sekujur tubuh terbaring di ruang tengah. Dahlia meminta neneknya membuka pintu, nenek bertanya apa yang dikehendaki Dahlia. Lia menolak pintu, pintu terbuka, Lia masuk, nenek memandang ke arahnya. Dahlia ingin tahu sama ada neneknya sakit. Nek Kiah berkata bahawa selama ini memang dia sudah sakit, mengapa baru sekarang Dahlia nak ambil tahu. Lia memberitahu dia akan membeli ubat untuk Nek Kiah. Nek Kiah pula mengatakan Lia tidak ada duit untuk membeli ubat dan sakitnya sudah lama. Dahlia menanyakan penyakit neneknya, Nek Kiah memberitahu bahawa dia sakit hati dan menghalau Dahlia, dia tidak mahu Dahlia datang lagi ke rumahnya. Nek Kiah berkata bahwa dia tahu dan tentu Lia gembira jika dia mati. Nek Kiah berpusing membelakangnya, menyedari kedatangannya tidak disenangi, Lia bergegas turun, sebelum pulang, Lia berkata bahawa neneknya tidak sihat, dia akan datang lagi untuk melihat neneknya.
No comments:
Post a Comment