11 January 2016

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

Bab 27: Bunga-bunga Kejayaan dalam Genggaman

            Cerita bermula dengan Lia menunggu Az yang berjanji membawanya membeli cincin. Dahlia tidak kisah cincin jenis apa yang dibeli. Saleha setuju dengan kata-kata anaknya. Saleha memuji anaknya yang tidak memilih. Kata Saleha, lelaki sekarang mudah menilai hati perempuan, kalau pandai memilih, lelaki akan menganggap mereka bersikap kebendaan. Dahlia memikirkan pertunangannya. Mengikut rancangan, selepas berjaya dalam pelajaran, dia mahu bekerja bagi memastikan adik-adiknya berjaya, baru mencari teman hidup. Saleha menyuruh Lia bersiap, tetapi Dahlia mengatakan bahwa dia sudah bersiap. Saleha teringat masa dia muda-muda dulu, ketika hendak menemui Embong, dia mengambil masa berjam-jam kerana menyanggul rambutnya dan memilih baju tetapi anaknya tidak, cukup dengan baju kurung dan bertudung. Dahlia ingin berbincang sedikit dengan ibunya, ibunya ingin tahu sama ada Lia mahu mempercepat tarikh pertunangannya. Dahlia terkejut dan menafikannya. Kalau boleh hendak dilambatkan kerana Lia hendak bekerja dulu, baru berkahwin. Saleha memberitahu itu memang rancangan mereka tetapi Lia sudah bertunang sekarang. Kalau mengikut adat Melayu, tidak baik bertunang lama-lama, tetapi kalau itu permintaan pihak lelaki, ibunya tidak dapat berbuat apa-apa.
Setelah mendengar kata-kata ibunya, Lia ingin tahu sama ada perlu dipercepat pertunangannya. Saleha berkata terpulang kepada Lia, soal jodoh, dia dan Embong tidak boleh tentukan, tidak mahu dipersalahkan kalau terjadi apa-apa. Dahlia faham maksud ibunya tetapi adakah Azhari mengerti? Dahlia teringat kata-kata Az yang tidak menghalang Lia belajar walaupun sudah berkahwin ketika Az datang 2 minggu lalu menentukan hari ke kedai emas. Menurut Az, pertunangan sebagai mengeratkan hubungan kekeluargaan, jika mereka tidak setia, sekurang-kurannya ahli keluarga akan mengingatkan mereka. Yang penting, Azhari tidak mahu terlewat dan berputih mata.
Lamunan Dahlia terganggu apabila ibunya ingin tahu masa yang dijanjikan oleh Az kerana Az tidak sampai lagi. Saleha mengingatkan Dahlia agar bersopan ketika keluar dengan Az supaya tidak dikatakan orang. Dahlia mengangguk. Tiba-tiba ada orang memberi salam, Saleha mengagak itu Azhari. Dahlia kenal suara itu bukan Az tetapi Cikgu Daim. Dahlia menjemput Cikgu Daim naik ke rummah. Dahlia tertanya-tanya tujuan kedatangan Cikgu Daim bekas gurunya. Cikgu Daim tidak pernah mengajar Dahlia. Saleha berkata bahawa tentu Cikgu Daim membawa hajat yang besar datang ke rumahnya. Dahlia menghidangkan kuih yang sepatutnya untuk Az, lain yang ditunggu, yang pula yang datang. Cikgu Daim melihat jam di pergelangan tangan, Dahlia pula menghitung minit demi minit, bila Az akan datang. Cikgu Daim menerangkan bahawa mulai tahun depan Kementerian memperkenalkan skim baharu iaitu peluang pelajar melanjutkan pelajaran. Dahlia bertanya kepada Cikgu Daim tempatnya. Cikgu Daim meminta Dahlia membenarkannya membuat penerangan dulu. Kata Cikgu Daim, sejak kerajaan melaksanakan Dasar Pandang Ke Timur, usaha-usaha dibuat agar budaya kerja orang-orang timur diteladani, sebab itu, ratusan pelajar dan tenaga separuh mahir dihantar ke Jepun setiap tahun. Setelah meneguk air teh, Cikgu Daim menyambung lagi dengan berkata bahawa dulu, pelajar SPM dihantar ke Jepun tetapi usia mereka masih muda dan belum mengenali budaya hidup masyarakat sendiri. Mulai tahun depan, lepasan STPM pula diambil, untuk peringkat permulaan, seramai 120 orang pelajar akan dihantar untuk mengikuti Kursus Pengurusan Perniagaan peringkat ijazah selama 4 tahun. Cikgu Daim menerangkan para pelajar yang dipilih terdiri daripada mereka yang cemerlang dalam pelajaran dan berasal daripada keluarga yang kurang berada dari segi kewangan. Di Parlimen Sri Gading, hanya seorang yang dipilih. Dahlia mengatakan bahawa tentu seronok jika dia dipilih. Cikgu Daim memberitah bahawa memang Lia yang terpilih. Lia dan ibunya berpandangan. Cikgu Daim menerangkan bahawa pemilihan adalah berdasarkan keputusan SPM, ujian semester Tingkatan 6 rendah dan atas, terakhir sekali barulah STPM. Kalau Lia bersetuju, dia perlu mengikuti kursus bahasa Jepun selama 4 bulan. Dahlia menanyakan bila kursus itu diadakan. Cikgu Daim memberitahu Dahlia pada bulan depan tetapi Lia perlu mendaftar dulu pada 31 Disember ini. Kursus diadakan di Universiti Malaya. Hari itu juga diadakan minggu suai kenal, kursus sepenuhnya bermula pada 2 Januari. Dahlia ingin tahu tentu dia akan balik ke kampung jika gagal STPM. Cikgu Daim tidak percaya bahawa Lia akan gagal dalam STPM kerana pengetua Lia sendiri yakin Lia akan mendapat keputusan cemerlang. Cikgu Daim memberitahu Lia bahawa bukan dia yang memilih nama Lia tetapi Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Cikgu Daim berasa gembira kerana nama yang dipilih, dikenalinya. Embong menjemput Az naik ke rumah apabila melihat Az tercegat di pintu. Dahlia ke pintu, Az tercegat di situ dengan wajah yang sayu. Dahlia menanyakan sebab Az terlambat, Az pula menjawab dia tidak lewat sampai 4 tahun. Az mengucapkan tahniah kepada Lia, walaupun lama, mereka telah berjanji, Az rela.
Dahlia menjerit memanggil bapanya kerana mahu menyampaikan berita gembira itu. Embong kehairanan , Saleha tersenyum bangga. Saleha memberitahu Embong bahawa Cikgu Daim ada di rumah. Embong cepat-cepat mencedok air membasuh tangannya. Kebanggaan menyelinap di hati, apa berita yang bakar didengarnya. Az bertanya kepada Lia sama ada dia lupa sehari sebelum 31 Disember itu tarikh apa?

No comments:

Post a Comment