Bab 13: Pahitnya Menelan Kenyataan
Cerita bermula dengan Embong yang menanyakan Saleha keadaannya, meminta Saleha pulang, merke boleh berkumpul anak-beranak, Anggerik yang masih kecil memerlukan perhatian ibunya. Walaupun Embong ada, tetapi tidak sama dengan kasih sayang yang Saleha berikan. Mereka akan makan bersama-sama, kecuali Bakar, keriangan anak-anak penawar kesusahan yang ditanggung mereka. Kalau Saleha masih sakit, Embong meminta Saleha bersabar, mendengar nasihat doktor , makan ubat walaupun dia tahu isterinya tidak suka benda yang pahit, yang pahit itu mujarab. Embong berdoa siang dan malam, Tuhan akan perkenankan, Embong menanti saat mereka sekeluarga berkumpul seperti dulu.
Embong menoleh apabila dipanggil oleh lelaki berkopiah, kerja menyabit rumput terhenti.Embong menanyakan tempat yang ditujui oleh Haji Deraman.Haji Deraman memberitahu Embong dia ke surau kerana malam itu malam Jumaat dan menanyakan sebab Embong sudah lama tidak pergi ke surau. Embong berasa serba salah, dulu surau buruk , diminta ganti, surau baharu sudah ada, tetapi Embong masih tidak ke surau. Embong memberitahu bahawa kalau keadaan keluarganya mengizinkan, dia akan ke surau. Haji Deraman berasa bersalah lalu cepat-cepat berlalu dari situ.
Setelah rumput yng disebat sendat dalam karung guni, diletakkan ke basikal lalu mengayuh pulang.Dalam perjalanan, Embong berharap anaknya sudah pulang.Sudah hampir Maghrib, tidak elok anaknya pulang lewat.Dia membelok melintasi tiiti lalu menuju arah ke rumahnya.Di kiri, rumah Aton. Dipandang ke depan kelihatan sebuah kereta putih menuju ke arahnya. Embong berkira-kira kereta itu membawa isterinya pulang, kegirangan berputik di hatinya.Kereta itu berhenti, pemandu itu menanyakan Embong balik ke rumah atau bukan, Embong mengangguk.Anak muda yang menyapanya pernah dilihat.Embong teringat itu kawan Dahlia tetapi apakah tujuan kedatangannya.Persoalan timbul dalam fikiran Embong adakah Dahlia tidak ke Johor Bahru tetapi berpelisiran dengan lelaki itu. Embong tidak pernah anaknya akan berbuat begitu. Sesampai di rumah, masih di atas basikal, Embong bertanyakan keadaan emak Dahlia, Dahlia yang matanya merah hanya mengangguk. Embong bertanyakan sama ada emaknya sihat, Dahlia mengangguk sekali lagi lalu melangkah masuk.
Malam itu selepas sembahyang Maghrib, Embong berpusing dan memandang wajah anak-anaknya. Embong memberitahu bahawa mereka perlu melakukan segalanya sekarang, jangan berputus asa, jangan berkelahi, susah atau senang, mereka tanggung bersama-sama lalu meminta Dahlia menceritakan keadaan ibu mereka. Dahlia keberatan untuk memberitahu keadaan emaknya namun bimbang menambah tekanan perasaan adik-adiknya.Dahlia hanya memberitahu emaknya sedang dirawat, dia tahu dia telah berbohong. Embong lega mendengar penerangan Dahlia lalu bergerak di depan. Embong tercegat di tepi pintu, berasa gembira kerana isterinya akanpulang tidak lama lagi dan betul sangkaannya. Mawar memanggil Embong makan, Embong meminta anak-anaknya makan dulu.Embong membiarkan titisan hujan menyentuh tubuhnya.Tiba-tiba Dahlia berdiri di sisinya dan memberitahu ayahnya keadaan sebenar ibunya. Embong tidak mahu Dahlia bercakap berdolak-dalik kerana sebentar tadi di depan adik-adiknya Dahlia memberitahu ibunya sihat, akan pulang tidak lama lagi. Dahlia menjelaskan bahawa Mawar akan menduduki peperiksaan pada bulan Oktober, dia tidak mahu mengganggu perasaan adiknya. Embong semakin bimbang.Dahlia memberitahu bahawa ibunya tidak kenal Lia lagi malah menganggap Lia penagih hutang lalu dihalaunya.Isterinya pernah menghalau seseorang, orang itu ialah Aton yang menagih hutang yang telah dijelaskan.Peristiwa itu sudah lama berlaku, 3 atau 4 tahun lalu.
Tiba-tiba Embong terdengar sesuatu, bukan terdengar tetapi detakan hati.Embong bergegas ke bawah.Dahlia kehairanan, dia juga ke bawah.Embong mendekati kandang kambing jeritan Dahlia tidak dipedulikan.Walaupun hanya 2 ekor tetapi mampu menampung perbelanjaan makanan 2 bulan.Embong mencari-cari tiada.Di mana, ke mana, mungkinkah?Embong tidak sanggup berfikir hingga ke situ, selagi belum berusaha mencari kambingnya yang hilang.
No comments:
Post a Comment