Bab 19: Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cerita bermula dengan Dahlia teringat kata-kata Cikgu Hisyam semalam, kedatangan Cikgu Hisyam yang ingin meminta Dahlia mengubah fikirannya. Cikgu Hisyam berasa sayang akan kepintaran Dahlia, cuma tinggal empat lima bulan lagi peperiksaan STPM akan bermula. Ketika kata-kata diluahkan oleh Cikgu Hisyam, Dahlia hanya mendiamkan diri. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa petang itu dia ada taklimat peperiksaan di Jabatan Pendidikan, pengetua meminta Cikgu Hisyam ke rumah Dahlia juga, Cikgu Hisyam mengajak Kavita kerana pernah ke rumah Dahlia. Kavita memberitahu bahawa mereka sudah terasa kehilangan Dahlia dan meminta Dahlia ke sekolah. Dahlia juga merindui sekolah tetapi keadaan adik-adiknya tidak mengizinkannya ke sekolah. Kavita meminta Dahlia ke sekolah jika bapanya sudah sihat. Namun pada pandangan Dahlia, walaupun memang menjadi tanggungjawab orang tuanya memastikan kejayaan anak-anak, tetapi bagaimana pula dengan tugas anak. Dahlia memberitahu kalau kawan-kawannya memberikan nota, tentu dapat memudahkannya. Cikgu Hisyam meminta Dahlia berfikir semula keputusannya. Lamunan Dahlia terputus apabila Najib bertanya sama ada keputusan Lia sudah muktamad. Dahlia sendiri faham pelajaran itu penting malah meradang apabila anak-anak muda kampung meninggalkan sekolah untuk bekerja di kilang untuk gaji yang tidak seberapa. Jika keluarga mereka daripada golongan susah lain pula cerita tetapi semuanya bolehlah dikatakan keluarga berada. Beberapa orang anak muda kampung berpendapat bahawa walaupun masuk universiti belum tentu dapat kerja. Dahlia memberitahu Njaib bahawa dia tidak ada pilihan lain. Najib melangkah ke tingkap, dia melihat dua orang lelaki sedang menjalankan kerja ukur-mengukur. Najib bertanya kepada siapa orang-orang itu, Dahlia pula mengatakan tapak tanah yang didiaminya akan dijual. Dahlia tidak memberikan orang yang hendak menjual tanah itu apabila ditanya oleh Najib. Lia tidak sanggup membuka pekung di dada. Najib menanyakan harga tanah tetapi Lia tidak menjawab. Najib ingin tahu siapa perempuan tua yang berada di situ, Dahlia memberitahu bahwa orang itu neneknya. Najib ingn tahu pula sebab nenek Lia berada di situ, Dahlia memberitahu dia tidak tahu. Najib meminta Dahlia memberitahu harganya, dia akan uruskannya. Dahlia menggeleng, Najib seperti dirinya belum bekerja, tidak ada wang sebanyak itu, kalau ada pun mesti pemberian ibu bapa Najib. Najib menanyakan sebab Lia tidak mahu menerima pertolongan adakah takut Najib akan meminta balasan?
Sebuah kereta tiba-tiba menuju ke halaman, Dahlia cuba mengecam tetamu yang datang, tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Dahlia bingkas menuju ke anjung, Azhari sudah keluar dari kereta. Azhari berasa hairan melihat kereta biru yang terletak bersebelahan keretanya dan mengagak orang yang datang ke rumah Dahlia. Tujuannya datang untuk berbicara dengan Dahlia sahaja nampaknya tidak kesampaian. Dahlia menjemput Azhari naik ke rumah, Azhari bertanya tentang tetamu yang datang, Dahlia memberitahu kawannya. Dahlia memperkenalkan Najib kepada Azhari. Azhari musykil, sebab sekolah Lia sekolah perempuan, mengapa ada kawan lelaki. Azhari berjabat tangan dengan Najib. Azhari bertanya beberapa soalan kepada Najib. Najib memberitahu bahawa dia dari Sekolah Tinggi Batu Pahat, kawan baik Lia, datang ke rumah Dahlia kerana Dahlia sudah lama tidak ke sekolah. Dahlia berasa bimbang, dia berharap agar Najib tidak berkata yang bukan-bukan sebab Azhari mudah prasangka. Najib pula bertanya tentang Azhari. Azhari memberitahu bahawa dia dari Johor Bahru, rumahnya di Parit Haji Sirat, hampir dengan Air Hitam. Apabila Najib bertanya tentang hubungan Azhari dengan Dahlia. Azhari bertanya semula, apakah hubungannya dengan Dahlia seraya memandang ke arah Dahlia yang keberatan untuk duduk. Azhari bertanya kepada Lia apa yang harus dikatakannya kepada Najib. Dahlia meminta diri untuk ke dapur, segala-galanya semacam tak kena. Dia memikirkan perkara yang dibincangkan oleh Azhari dan Najib. Di hati Lia, cuma ada satu nama, tetapi sikapnya yang tidak berterus terang tentu boleh mengeruhkan keadaan.
Nenek Lia memanggil Dahlia seakan-akan tahu Lia berada di dapur. Nenek Lia mengatakan bahawa Lia hendak menjadi orang yang tidak baik, lepas seorang lelaki, datang seorang lagi, kali ini kedua-dua lelaki sekali ke rumahnya. Nenk Lia mengatakan bahawa itu memang rancangan Dahlia menunggu orang tuanya tidak berada di rumah, mudahlah untuk Lia berkelakuan seperti itu. Dahlia tidak sanggup memandang wajah neneknya. Nenek Kiah terus mengatakan bahawa tidak semua cucunya baik, ada yang menyedapkan hati, ada yang menyusahkan. Nek Kiah meminta Lia melihat betul-betul 2 orang lelaki yang mengukur tanah. Nampaknya mereka sudah bersetuju dengan harga yang ditawarkan, malah dikatakan murah. Nek Kiah mengingatkan Dahlia bersiap awal. Pesan Nek Kiah kepada Dahlia agar ingat kata-katanya dengan keras lalu beredar. Dahlia berasa tindakan neneknya sudah keterlaluan, mereka darah daging Nek Kiah. Kalau bapanya ada, tentu mulut Nek Kiah tidak selancang itu.
Tiba-tiba terdengar enjin kereta berbunyi, Dahlia dapat mengecam itu kereta Azhari. Dahlia berasa hairan kerana Azhari baru sampai sudah mahu balik, dia cepat-cepat ke depan tetapi kereta Azhari sudah berlalu. Dahlia bertanya kepada Najib perkara yang berlaku, sama ada mereka bergaduh? Najib menggeleng. Najib memberitahu Azhari memberitahunya bahawa Dahlia bakal isterinya. Najib berpendapat Azhari tidak boleh berkata begitu lalu memberitahu Azhari bahawa dia sudah lama berkawan dengan Dahlia.
Semua nie sinopsis kah?
ReplyDeleteSemua nie sinopsis kah?
ReplyDeleteThanks for the informasion
ReplyDelete