Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Cerita bermula dengan Embong menukar pakaian sebagai tanda menghormati tetamu lalu duduk di kerusi. Semua yang datang tidak dikenalinya kecuali Azhari.
Embong menanyakan sebab Azhari menghantar Dahlia sampai ke rumah ketika bersarapan ubi rebus pagi tadi. Dalia memberitahu bahawa dia sudah menghalang azhari berbuat begitu tetapi Azhari berdegil tidak kisah walaupun jalan becak. Dahlia menerangkan bahawa kebetulan dia berjumpa dengan Azhari di Johor Bahru dan Azhari bekerja sementara di tempat emaknya dirawat. Embong musykil, kalau-kalau mereka yang datang sudah tahu keadaan ibu Dahlia, kalau sudah tahu, apa pula tujuan kedatangan mereka?
Emak Azhari memperkenalkan diri dan rombongannya dan mengatakan bahawa suaminya orang politik telah ke Kuala Lumpur, tidak dapat datang. Emak Azhari memberitahu bahawa dia mengajar dan selalu mengikut suaminya ke kampung ini tetapi tidak menyangka anaknya Azhari berkenan dengan Dahlia. Azhari tertunduk malu, menyedari dirinya tidak manis berada di situ lalu ke dapur. Di dapur, Dahlia sedang menjerang air, Dahlia meminta Azhari ke depan. Azhari duduk di lantai dan memberitahu di depan tidak cukup kerusi. Tiba-tiba gelak ketawa terdengar di depan, Dahlia cuba memasang telinga, gelak ketawa sudah tidak ada, hanya kata-kata yang tersusun rapi. Embong memberitahu bahawa Dahlia mengambil STPM tahun ini dan ingin masuk universiti. Ibu Azhari tidak menghalang niat Dahlia malah menyatakan bahawa kalau kedua-dua lulusan universiti lebih baik. Tujuan mereka bukan menentukan hari tetapi ingin tahu sama ada bunga di taman sudah disunting orang. Kegelisahan Azhari menggunung, takut hasratnya ditolak. Embong memberitahu bahawa Dahlia anak sulungnya, dia mahu Dahlia bekerja dulu untuk membantu keluarga kerana mereka bukan orang kaya. Dahlia dan Mawar membawa minuman dan kuih lapis. Hati Dahlia berdenyut kencang kerna tahu dirinya menjadi perhatian. Apabila Mawar dan Dahlia sampai di ruang tamu, semua tetamu memerhatikannya. Setelah ibu Azhari melihat Dahlia, baru dia tahu sebab anaknya suka akan Dahlia. Lia bergegas ke dapur, tanpa diduga, dia berlanggar dengan Azhari yang hendak keluar. Dulang terjatuh.
Azhari duduk di kerusi panjang di anjung, memasang telinga, mungkin dapat mendengar perkara yang dibincangkan. Azhari terkejut apabila abang iparnya mengajak untuk balik. Dia segera masuk ke dalam untuk berjabat salam. Sewaktu bersalam dengan Embong, jejarinya terasa begitu sejuk tetapi sinaran mata Embong seakan-akan memberikan harapan. Setelah tetamu pergi, Embong bertanya kepada Lia sama ada mereka tahu keadaan ibunya, Lia memberitahu Azhari mungkin tidak menceritakannya. Embong mempersoalkan jika mereka tahu, Lia hanya menggeleng. Embong menanyakan pendapat Lia. Lia memberitahu bahawa dia tidak tahu, semua terpulang kepada bapanya. Embong memberitahu bahawa kalau Lia suka, ambil cincin yang ada di atas meja. Embong tidak tahu apa-apa yang harus dibuat, dia juga tidak tahu sama ada perasaan gembira atau duka, anaknya disunting orang, tidak pernah dia terfikir untuk menerima menantu sebegitu cepat. Embong teringat akan isterinya, kalau isterinya ada, peristiwa tadi amat bermakna.
Matahari kian meninggi, jamnya sudah menunjukkan 11am, dia tidak boleh lewat. Tanpa berlengah, Embong naik ke atas mengambil tuala, dia jarang-jarang lewat ke masjid. Selalunya dia pergi awal untuk menyusun sejadah dan mengemas apa-apa yang perlu walaupun masjid terletak di kampung seberang iaitu di Parti Jelutong. Hubungannya dengan jemaah masjid begitu rapat. Setelah memakai kain basahan dan mengambil tuala, Embong turun ke bawah semula. Dia ke bilik mandi yan g dihadang dengan atap rumbia. Dia melangkah masuk, tanpa diduga sesuatu sudah menunggu lalu mematuk pahanya. Dahlia mendengar jerita bapanya.
No comments:
Post a Comment