Bab 23: Sinar Kebahagiaan
Cerita bermula dengan Lia kembali ke sekolah dan disambut oleh kawan-kawannya yang agak terkejut pada mulanya. Dalia bertanyakan keadaan Siti Wangi, Kavita pula memberitahu bahawa sebenarnya mereka bercadang hendak ke rumah Lia petang itu, memandang Lia sudah datang, mereka akan makan besar. Kavita menarik Dahlia ke tepi tetapi ditegur oleh Siti Wangi mengatakan bahawa mereka berdua mengumpat, Kavita memberitahu Lia bahawa Najib berkata the best man win, dua, tiga hari ini Najib akan ke rumah Lia bersama-sama keluarganya kerana dia tidak mahu terlewat. Lia berasa marah kerana tidak suka cara Najib yang mementingkan perasaan sendiri sedangkan peperiksaan kian dekat. Kavita pula mengatakan bahawa Najib tidak dapat belajar selagi tidak mendapat kepastian. Dahlia terbayang wajah Azhari, menanya dirinya sebab lelaki tidak dapat menahan sabar, apakah semua lelaki sama seperti itu, mengapa kedua-dua lelaki itu bersikap keanak-anakan. Dahlia meminta Kavita memberi penjelasan kepada Najib supaya menghormati erti persahabatan, persahabatan tidak menuntut apa-apa setelah Kavita mengatakan bahawa jika Lia menolak risikan Najib, pelajarannya akan terganggu.
Loceng waktu rehat berbunyi, Kavita terdiam, Dahlia masuk ke kelas, semasa melangkah, Dahlia bertanya kepada dirinya sama ada benar dia sudah bertunang dengan Az. Kalau Az merajuk dan memutuskan perhubungan. Lia lebih takut tidak menunaikan harapan ibu bapanya daripada harapan perasaan yang belum tentu menjanjikan apa-apa. Semangat Lia untuk belajar begitu meluap-luap di dada. Hal yang membanggakan ialah teman-temannya setuju meminjamkan nota pelajaran yang tertinggal. Semuanya mahu dia berjaya. Semasa di kelas, Cikgu Hisyam berkata bahawa apabila Lia ada, dia percaya pelajar kelas itu lebih bersemangat untuk belajar.
Tamat persekolahan hari itu, Lia ingin seperti teman-temannya berbincang atau menelaah di perpustakaan, tetapi dirasakan masih belum boleh lagi. Dia tidak boleh menyerahkan tanggungjawab menguruskan dapur kepada bapanya apatah lagi Abu Bakar. Apabila keadaan terbiasa, bolehlah dia nongkrong di perpustakaan. Sesampai di kampung, Lia berasa tidak tenang, sejak hari Jumaat dia tidak berkunjung lagi ke rumah neneknya, dia berharap Pak Cik Seman akan datang tetapi bayang bapa saudaranya pun tak nampak. Langkah Lia semakin pantas, waktu ini Melati sudah ke sekolah agama, dia tidak dapat mengagak apa yang dimakan oleh Melati, mungkin bapanya memasak atau Abu Bakar. Dahlia berjalan dengan cepat seakan-akan ada sesuatu di rumah, kakinya memijam jambatan, lalu terus melangkah, di depan adalah rumahnya. Dia nampak sebuah van putih di halaman. Dahlia tidak tahu siapa yang datang, Dia mahu mengetahui kedudukan sebenar, bermacam-macam peristiwa bermain dalam fikirannya, adakah Az datang, mungkin bapanya dipatuk ular lagi. Embong kelihatan riang sahaja apabila nampak Lia balik. Dahlia terus melangkah, debaran hatinya semakin memuncak, kalau tidak ada apa-apa, mengapa ada ambulans di situ. Dari bawah, dia terdengar suara-suara di atas rumah, salah satu suara itu suara Hj Sulaiman. Bapanya berkata syukur apabila nampak Lia lalu meminta Lia membuka kasut dan naik ke rumah. Embong memberitahu Lia bahawa emaknya berada di dalam bilik. Mata Lia terbeliak besar, segera masuk menunduk hormat kerana orang di kiri dan di kanan. Dia mahu peluk ibunya puas-puas tetapi emaknya terbaring, matanya terpejam. Embong menyuruh Lia membiarkan ibunya tidur kerana asyik bercakap tadi. Dahlia mengangguk lalu membetulkan selimut yang melondeh, mata Saleha terbuka mendengar bisikan Dahlia. Dahlia terus memeluk ibunya tetapi belum sempat bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Lia kerana Az mahu berjumpa dengan Lia. Lia baru sedar, sewaktu di masuk ke bilik, tetamu di kiri dan di kanan, seorang daripadanya ialah Azhari.
Dahlia memakai semula tudung yang telah dibuka kemudian ke bawah menerusi tangga tengah tetapi Az tiada di situ. Melati memberitahu bahawa Az berada di jalan menghadap deru sungai. Dahlia memanggil Az lalu mempercepat langkah menghampiri Az. Azhari berkata bahawa ibu Dahlia sudah balik . Dahlia mengangguk dan mengatakan bahawa selagi STPM belum lepas, masalah tetap ada. Ditanya kepada Dahlia tentang hubungan mereka, tentang Najib. Dahlia melangkah melalui titi yang rapuh, di sebelah kiri ialah rumah neneknya, tiba-tiba dia teringat neneknya, apa khabar neneknya? Az ingin tahu kedudukan hati Lia tetapi Lia pula menjawab bahawa kalau Az hendak tahu hatinya, tanya dulu hati Azhari sendiri. Azhari tidak faham, dia mengekori langkah Dahlia menuju ke halaman sebuah rumah. Dahlia memberitahu itu rumah neneknya. Dahlia berpesan kepada adik-adiknya agar melihat neneknya tetapi tiada sesiapa yang sudi. Lia memanggil beberapa kali neneknya, tiada jawapan. Azhari dan Lia berpandangan. Lia menolak pintu kuat-kuat tetapi pintu tidak juga terbuka. Azhari pula menolak dengan tubuhnya yang sasa, pintu terbuka. Dahlia segera menerpa ke arah tubuh yang terbaring, digoyang tubuh neneknya, tiada jawapan, dirasa dada neneknya, mata nenek tetap terpejam.
No comments:
Post a Comment