Bab 26: STPM, akan Kugapai Kecemerlangan
Cerita bermula dengan Dahlia membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan yang tinggal seminggu lagi. Emaknya tidak membenarkan Dahlia membuat kerja rumah, katanya kalau Dahlia hendak membantu, tunggu selepas habis peperiksaannya. Sepanjang bulan Oktober, Dahlia membentuk semula kumpulan lamanya, belajar secara berkumpulan lebih baik berbanding bersendirian. Teman-temannya begitu senang hati menunjuk ajar sesuatu yang tidak difahami terutamnya mata pelajaran Ekonomi. Hari demi hari keyakinannya untuk meraih kejayaan tergambar di ruang mata. Dahlia juga meminta untuk masuk semula ke asrama walaupun berasa agak malu tetapi memikirkan jika terlewat bas kelak akan mengganggu tumpuannya menghadapi peperiksaan. Cikgu Salwani meminta Dahia masuk secepat mungkin, Dahlia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa baik gurunya itu. Lusa, hari Isnin 29 Oktober akan diadakan peperiksaan kertas Bahasa Melayu 1. Dahlia perlu bersiap sekarang untuk ke asrama. Sepanjang hari esok bolehlah dia menenangkan fikiran sebelum menghadapi peperiksaan. Sebelum kakinya melangkah, sebuah kereta muncul di depan rumah, Azhari bersama dengan ibunya, Azhari tahu Dahlia ada di sebalik pintu, kali ini Dahlia tidak boleh menolak dengan pelbagai alasan lagi. Saleha tidak kenal Cikgu Zalina, ibu Azhari tetapi Embong pernah bercerita tentangnya. Saleha menjemput mereka ke rumah. Jam menunjukkan 4.10pm. Kalau sejam lagi, mereka bersembang, entah bila Dahlia akan sampai ke asrama. Melati memberitahu kakaknya tentu Az datang bercakap tentang pertunangan ketika membantu Dahlia menggoreng keledek. Dahlia mencubit pinggang Melati kerana asyik mengusiknya. Melati menjerit, ibunya Saleha muncul dan bertanyakan tarikh akhir peperiksaan Dahlia. Dahlia memberitahu pada 13 November. Saleha ke depan semula. Dahlia sudah meletakkan 4 cawan yang berisi air kopi, keledek goreng. Sebelum dibawa keluar, dia melafazkan bismilah kerana tiba-tiba kakinya menggigil. 8 biji mata memandang ke arahnya, kakinya melangkah dalam debaran yang kian melimpah. Dahlia meletakkan cawan di depan kedua-dua tetamunya, ibu dan bapanya. Embong bertanya sama ada Dahlia bersetuju pada hari Ahad, 30 Disember? Dahi Dahlia berkerut dan menanyakan persetujuan apa? Cikgu Zalina memberitahu bahawa pada masa itu, peperiksaan Dahlia sudah habis, sempat untuk membuat persiapan. Barulah Dahlia faham tetapi tidak tahu bagaimana hendak menjawab. Dahlia tersenyum nipis lalu bergegas ke dapur apabila Embong bertanya sekali lagi sama ada dia setuju dengan tarikh tersebut. Embong ketawa lalu mengatakan bahawa perempuan kalau senyum tanda bersetuju.
Selepas 3 minggu berperang, akhir Dahlia berasa dirinya sudah merdeka. Mujur dia mendengar kata bapanya, jika dia bekerja di kilang tentu dia tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan sempurna. Dahlia berasa berat hati untuk meninggalkan kawan-kawannya. Pesan Siti Wang kepada Dahlia pada hari terakhir di sekolah untuk memulangkan buku teks agar jangan melupakan mereka jika dia berkahwin. Dahlia berkata mungkin Kavita yang berkahwin dulu, Kavita memberitahu bahawa dia tidak akan kahwin kalau tidak masuk ke univerisiti. Dahlia pula mengatakan dia tidak akan kahwin selagi tidak membantu keluarganya. Janji yang sudah termeterai dengan Azhari tidak diingati langsung oleh Dahlia. Kavita meminta Dahlia menunggunya, Siti Wangi ingin tahu apa yang akan dilakukan oleh Lia sementara menunggu keputusan STPM. Kemungkinan Dahlia akan bekerja di kilang, Siti Wangi pula mungkin mengambil kelas komputer, mungkin ke rumah kakaknya di Shah Alam menjaga anak kakaknya. Dahlia berkata bahawa itu pengalaman juga sebelum menjaga anak sendiri. Mereka ketawa, tiba-tiba Kavita muncul dan memberitahu bahawa Cikgu Hisyam hendak kahwin. Mereka berbincang tentang calon isteri Cikgu Hisyam. Menurut Kavita, cikgu Hisyam berkata bahawa jika mereka bertiga mendapat 5 prinsipal , dia akan kahwin. Menurut Dahlia, Cikgu Hisyam akan memberikan pelbagai alasan yang lain pula. Mereka bertiga ke kantin tetapi terlupa pada waktu cuti sekolah, kantin ditutup. Kavita mencari kesempatan bercakapa sendirian dengan Dahlia tetapi disebabkan hari itu hari terakhir, Kavita berasa tidak wajar dia meminta Siti Wangi ke tepi.Kavita bertanya kepada Lia sama ada dia bersetuju dengan pelawaan itu, Siti Wangi pula tidak tahu apa yang dikatakan oleh Kavita. Dahlia memberitahu bahwa hujung bulan depan kalau diizinkan Tuhan, Kavita akan menerima kad, itu jawapan pastinya kepada Kavita. Siti Wangi ingin tahu apa hal yang dikatakan oleh Dahlia. Dahlia menutup mulut Kavita tidak membenarkannya membocorkan rahsia.
No comments:
Post a Comment