Bab 17: KuPertahankan Tanah Sekangkang Kera
Cerita bermula dengan Dahlia membaca nota sejarah tentang pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum. Dahlia mencuri masa untuk membaca sewaktu Anggerik masih lena pada waktu pagi. Setiap pagi, ada saja kerja, siap solat, menyediakan sarapan, membasuh pakaian, memandikan Anggerik dan mengemas rumah. Semua perkara yang dilakukan mengingatkannya kepada rangkaian duka dengan kisah yang tidak berkesudahan. Neneknya yang sudah 2 kali pergi haji itu belum pasti mahu menolong mereka. Kesempitan wang yang berlaku sekarang tidak menambah rasa simpati neneknya
Gegaran enjin motosikal menyebabkan Dahlia bingkas, belum sempat meramalkan orang yang datang, Abu Bakar masuk ke bilik. Dahlia mahu menerangkan keadaan keluarga mereka kepada Bakar tetapi merasakan perbuatannya hanya membuang masa namun diterangkan juga kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai kakak. Bakar pula menjawab bahawa dia bukan bomoh tidak tahu mengubat ibunya, bapanya yang suka bunuh ular sebab itu dipatuk ular lalu beredar ke bawah dengan beg plastik dibimbit bersama. Dahlia naik marah mendengar kata-kata Bakar. Dalam hatinya, dia merasakan dia membuang masa sahaja melayan Bakar, lebih baik Bakar pergi, jangan balik lagi. Setelah Bakar pergi jauh, Dahlia segera masuk ke bilik untuk memastikan barang-barang yang dibawa oleh adiknya. Dalam bilik, pakaian yang berlipat di rak bertaburan, ditariknya sehelai baju yang terjuntai, yang lain ikut jatuh dan Dahlia nampak sebuah dompet yang diketahui milik siapa. Baju diletakkan di rak, dompet kepunyaan adiknya dibelek, dikira helaian kertas warna merah, sejumlah RM 120.00. Dahlia tidak tahu di mana Bakar mendapat duit itu kerana Bakar tidak bekerja. Dompet diletakkan di bawah tilam. Jika adiknya balik, dia akan bertanya kepada Bakar sebelum memulangkan dompetnya.
Tiba-tiba terdengar deruan kereta, diingat Bakar dengan kawan-kawannya. Rupa-rupanya Azhari. Azhari hanya bercakap di keretanya kerana ada kawan di dalam kereta. Azhari memberitahu Dahlia bahawa dia kena ambil barang di Hospital Batu Pahat dan bertanya di mana bapa Dahlia. Dahlia terkejut apabila Azhari memanggil bapa Dahlia sebagai “abah”. Azhari memberitahu Dahlia bahawa bapanya bakal bapanya juga. Azhari terkejut apabila Dahlia memberitahu bahawa bapanya dimasukkan ke hospital 4 hari lalu selepas rombongan Azhari balik. Dahlia pula bertanyakan keadaan emaknya, Azhari memberitahu bahwa emak Dahlia masih seperti dulu, Azhari datang kerana hendak meminta pakaian ibu Dahlia supaya ibunya boleh bertukar pakaian. Dahlia segera ke bilik memilih pakaian yang sesuai sebanyak 4 pasang untuk dibawa ke hospital. Azhari segera menuju ke kereta setelah menanyakan wad bapa Dahlia ditempatkan. Dahlia ingin bertanya kepada Azhari tetapi tidak sempat lelaki itu sudah pergi.
Dahlia menoleh ke kiri apabila Nek Kiah memanggilnya. Nek Kiah menanyakan orang yang datang. Dahlia memberitahu bahawa kawannya yang datang minta baju untuk dihantar kepada ibunya. Nek Kiah pula memberitahu Dahlia kalau hendak buat jahat, jangan di kampung ini, kawan lelakinya datang semasa ibu bapanya tidak ada di rumah lalu Nek Kiah duduk di anak tangga anjung. Nek Kiah menanyakan hal semalam yang diberitahu kepada Dahlia. Dahlia terjelepok di lantai, buat-buat tak faham perkara yang dikatakan oleh neneknya. Nek Kiah mengingatkan Dahlia hal tentang tanah, Nek Kiah nak jual, kalau Dahlia mahu, Nek Kiah suruh beli dengan harga 15 ribu. Dahlia memberitahu bahawa dia tidak ada duit, tunggulah sehingga bapanya sihat. Nek Kiah teringat kata-kata anaknya Seman yang menyuruhnya jangan menunggu lagi kerana harga sekarang mahal. Seman menerangkan bahawa orang yang hendak membeli tanah hendak membuat rumah sewa kerana di depan kampung ada kilang dan politeknik. Dahlia menerangkan bahawa kalau mereka setuju pun, bukan senang hendak berpindah-randah. Rumah ini hendak dirobohkan, kemudian membina rumah baharu. Nek Kiah memberitahu bawah itu niatnya supaya hantu-hantu tidak ada lagi. Dalam hatinya, Dahlia menyatakan bahawa soal sakit atau sihat, hidup atau mati, sudah ditentukan. Bukan disebabkan hantu jembalang. Nek Kiah ingin tahu sama ada Dahlia setuju? Dahlia memberitahu bahawa dia tidak ada kuasa untuk mengatakan setuju. Nek Kiah bingkas, matanya seakan-akan mahu menelan wajah Dahlia dan berkata bahawa sama ada setuju atau tidak, esok atau lusa ada orang akan datang, pandai-pandailah Dahlia memberikan jawapan.
No comments:
Post a Comment