Bab 16: Bisa Ular Tedung
Cerita bermula dengan Mawar yang tidak mah belajar lagi memikirkan nasib ibu, bapa dan siapa yang akan menjaga adik-adiknya. Dahlia memarahi Mawar yang berkata begitu. Dahlia memberitahu bahawa tidak lama lagi ibunya akan sihat, luka bapanya yang dipatuk ular bukan teruk, Anggerik pula sudah pulih. Dahlia mengatakan bahawa biar dia yang menguruskannya. Tugas Mawar adalah belajar dan jangan lupa janjinya kepada ibu mereka. Setelah diasak baru Mawar sanggup balik ke asrama semula. Jam menunjukkan 3.41pm, masih lama sebelum dia dibenarkan untuk melawat bapanya. Hari ini Dahlia tidak ke sekolah kerana menjaga adiknya Anggerik, Melati dan Kiambang sanggup bergilir-gilir tidak ke sekolah untuk menjaga Anggerik tetapi Dahlia tidak membenarkannya. Dahlia memikirkan sampai bila dia harus mengalah, emak sakit, kambing hilang dan bapa dipatuk ular tedung, dia berharap dia yang dipatuk dan terlantar di hospital agar bapanya dapat bekerja mencari nafkah. Dahlia berasa kecewa memikirkan semuanya, tetapi teringatkan ujian Allah kepada Nabi Ibrahim berbanding dengan dirinya. Jika Nabi Ibrahim dapat menghadapinya dengan tabah, tentu dia juga dapat melakukannya.
Dahlia tercegat di kaki lima, melihat persekitaran Hospital Batu Pahat yang sepi. Dalia memandang ke belakang apabila namanya dipanggil. Kavita dan Cikgu Hisyam menghampirinya. Kavita bersalam dengan Kavita dan menanya sebab Dahlia berada di situ. Dahlia memberitahu bapanya dipatuk ular tedung. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa mereka menghantar Siti Wangi yang tiba-tiba jatuh pengsan sewaktu berlatih bola jaring. Kavita memberitahu bahawa Siti Wangi di wad 3 belum sedarkan diri. Kavita meminta kebenaran Cikgu Hisyam untuk melawat bapa Dahlia. Cikgu Hisyam bersetuju, mereka bertiga ke wad. Sesampai di katil no 36, bapa Dahlia masih tidur. Dahlia memberitahu Cikgu Hisyam bahawa bapanya dipatuk ular ketika mandi sunat sebelum sembahyang Jumaat. Cikgu Hisyam meminta Kavita fotostat nota untuk Dahlia sepanjang Dahlia tidak ke sekolah. Dahlia terharu mendengar kata Cikgu Hisyam, nampaknya harapan Cikgu Hisyam terhadap dirinya masih tinggi.
Semalam, semasa Dahlia melawat bapanya, bapanya berpesan kepada Dahlia untuk menjaga adik-adiknya, memberitahu bahawa terdapat RM 60.00 di bawah katil, gunakan duit itu untuk belanja sekolah, kalau habis…..Embong tidak dapat meneruskan kalimat itu. Itu sahaja yang ada kerana Haji Sulaiman belum memberinya upah minggu ini tetapi jika ditolak hutang-hutangnya tiada apa-apa yang tinggal. Embong ingin menyarankan anaknya agar meminjam daripada sesiapa sahaja tetapi malu, hidung berhutang biarlah anak-anak tidak tahu.
Lamunan Dahlia terputus apabila Cikgu Hisyam dan Kavita meminta diri untuk pulang. Setelah Kavita dan Cikgu Hisyam pulang, Dahlia ingin melawat Siti Wangi tetapi jika bapanya bangun, dia pula tidak ada. Dahlia terkejut apabila Nek Kiah muncul bersama-sama bapa saudaranya, Seman. Nek Kiah menanyakan keadaan Embong, Dahlia memberitahu bapanya tidur sejak dia datang, Nek Kiah pula mengatakan jangan-jangan bapanya tidur terus. Lia terkejut mendengar kata neneknya, sepatutnya nenek mendoakan kesejahteraan bapanya. Nek Kiah mengatakan bahawa apa yang dikatakan Seman itu betul, mula-mula Saleha, sekarang Embong pula masuk hospital, entah-entah dirinya pula. Seman mengangguk. Dahlia tidak faham apa yang diujarkan oleh neneknya. Nek Kiah menerangkan bahawa dia berasa betul bahawa rumah yang diduduki Dahlia itu berhantu. Dahlia mengatakan bahawa semuanya sudah ditakdirkan. Nek Kiah pula memberitahu bahawa lebih baik rumah itu dijual dan Dahlia sekeluarga boleh tinggal di kebun hujung kampung. Dahlia menjerit “TIDAK” dengan kuat. Beberapa orang pengunjung memandang ke arahnya. Embong yang tidur lena terkejut dengan suara itu. Embong bangun dan menanyakan sebab Dahlia menjerit. Lia terdiam. Ketika bapanya sakit, jika dikhabarkan berita yang lbeih baik, apakah yang akan terjadi. Dengan tidak sabar-sabar Nek Kiah pula menerangkan bahwa dia akan menjual tanah yang Embong tinggal. Embong tidak terkejut apabila memikirkan seman selalu berkunjung ke rumah Nek Kiah. Dia memejamkan matanya semula . dia tidak mahu mendengar. Embong terus memejamkan matanya apabila Nek Kiah menanya sama ada Embong dengar apa yang telah diujarkannya.
No comments:
Post a Comment